BAB 11- Cerita V

Horror & Thriller Completed 4255

Aku selalu singgah di kedai Tomyam ni Rembau. Ini adalah kedai kawan sebenarnya.
Aku suka belajar cara mereka sukat kuantiti makanan, cara masak tomyam dan semuanya. Sebab tu kalau balik lewat mesti menyinggah untuk makan.

Waktu dah menjelang 12 malam. Kedai tomyam tutup jam 2pagi.
Jalan pintas paling dekat adalah ikut jalan Kampung Ara.Selalulah orang cerita ada kubur panjang di atas bukit berhampiran selekoh di situ.

Aku selalu lalu kawasan itu tapi tak jumpa apapun yang menyeramkan.Sebabnya bagi Aku di situ ada taman perumahan, jadi tak lah menakutkan.

Aku sebut kubur panjang tu bukan nak maksudkan kubur itu ada apa-apa, cuma nak cakap tempat Aku terserempak lembaga itu saja.

Aku pun membelok ke jalan ara, sampai di sekekoh ke kubur panjang itu, Aku rasa tak sedap hati.Aku pandang ke cermin belakang, gelap dan tiada kereta mengekori di belakang.

Mana tau juga ada lembaga tumpang duduk di belakang bonet kereta macam Aku kena di jalan Ijok dulu.

Melintas saja kubur panjang yang terletak di sebelah kanan Aku, lampu jalan terang juga. Cuma di hujung sana di tepi jalan, selang 2 tiang letrik Aku perasan seperti ada satu benda hitam di tepi tiang letrik.

Tiada kereta di hadapan dan belakang.

Aku sendirian, ini yang Aku tak suka. Sebab tak pernah Aku lalui jalan di tempat yang gelap dan menyeramkan, berseorangan. Mesti ada je lampu kereta di hadapan atau di belakang.

Kali ini, gerun datang kot, kata hati Aku.
Aku memandu perlahan sahaja, sebab kalau Aku memandu laju, Aku lebih merangsang rasa takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience