BAB 2 - Cerita I

Horror & Thriller Completed 4255

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang.

Aku cuba nak alihkan cermin pandang belakang tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang. Buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi menganiaya diri sendiri.
Nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho.

Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan bila aku dah dapat kawal diri dan hilang rasa panik, mental juga dalam keadaan stabil, aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan benda yang tak di undang ni.
Rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti. Sebabnya keadaan samar dan harapkan lampu jalan yang menyinari.

Mungkin baju lusuh dah lama. Akungnya muka dia aku tak nampak.

Adakah secantik model atau aktres Angelina Jolie, aku tak pasti.
Aku kata padanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ"
Cuba bayangkanlah suara aku bercakap masa tu. Tergagap-gagap!

Kalau akad nikah sah kena ulang berpuluh kali tapi nak buat macam mana, darurat. Itu pun aku bersyukur dia tak menjawab balik. Kalau tak macam manalah suara dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience