BAB 1 - Cerita I

Horror & Thriller Completed 4255

Selesai badminton aku pun lepak ngan kawan-kawan minum teh di kedai mamak kat tingkat bawah pejabat.

Kemudian masuk pejabat kejap dah jam 12 lebih malam, mengadap laptop sempat la buat posting yang ‘cut and paste’ je. Nak siapkan kerja konon, tapi disebabkan badan letih boleh perah otak ke?
Dalam buat kerja tu, masuk pula Whatsapp dari isteri.
"Balik pukul berapa, tolong beli susu Hana dah habis.”
Aku jawab OK je.

Terus fikiran menerawang di mana aku nak beli susu anak tengah malam buta ni. Tak mahu lambat aku pun berkemas kemas barang dan kunci ofis.
Masuk Kedai 711 tak ada pula. Merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil. Boleh la asalkan ada stok buat sementara dan anak aku tu tak kelaparan malam ni.
Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas untuk mengisi minyak. Waktu tu lebih kurang sudah pukul 2 pagi. Selesai isi minyak, sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu, aku rasa lain macam je.
Apabila masuk jalan besar, aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam je.
Dalam hati aku berkata ada benda tak kena ni dan aku lihat cermin pandang belakang. Kononnya nak mencari apa yang membuat kereta aku rasa berat di belakang.
Pergh... berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah.

Share this novel

AINNUR_SUMAIYAH_08
2019-11-01 15:17:06 

Memang terbaik la cerita ni..


NovelPlus Premium

The best ads free experience