BAB 13 - Cerita V

Horror & Thriller Completed 4255

Dalam beberapa saat itu Aku rasa seperti lembaga itu macam menerjam ke arah Aku, Aku tekan minyak macam nak elak.

Terus Aku memandu laju, sebab terdengar seperti ada bunyi merempuh badan kereta aku. Ada bunyi mengilai sayu dan nyaring di belakang dan makin sayup.

Aku jeling ke cermin belakang, mujur di belakang kereta tiada apa-apa. Tapi badan Aku rasa berpeluh sejuk, tiap bulu roma di badan rasa meremang.

Aku terus membelok ke simpang ke Seremban. Sampailah ke kedai kawan aku, Ucop.
Ucop tegur, “Kenapa putih pucat muka mu? Macam jumpa hantu je.”

Aku tak tau nak cakap apa, Aku minta air suam, baca apa yang patut, hembus ke air, nak legakan diri.
Baru rasa mengalir darah. Aku duduk sendirian, macam termenung teringat lembaga itu. Malang, agaknya berlagak sangat tak jumpa, sekarang Aku kena. Aku tidak ceritakan kepada sesiapa kisah seram Aku ini takut diketawakan kawan-kawan.
Selepas beberapa lama sembang, aku rasa ada patutnya aku berehat.

Aku minta diri pulang. Alhamdulillah tiada apa-apa. Tidur pun tak terganggu.Tapi esoknya hingga 10 hari seingat Aku, badan rasa seram sejuk.

Sekejap macam demam, sekejap sejuk. Waktu malam Aku selalu jadi takut. Aku jumpa Tok Abah dan ceritakan apa yang terjadi.

Tok Abah senyum je. “Nah, minum air ni.”
Dia bagi segelas air yang dibacakan ayat. Dia pesan selawat dulu sebelum minum. Lepas tu tuang sikit atas tapak tangan, sapu ke muka, tengkuk.
Mungkin itu nasib Aku nak kena malam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience