BAB 9 - Cerita IV

Horror & Thriller Completed 4255

Selepas selesai semua urusan di kaunter itu, aku pun nak balik ke rumah walaupun aku tahu taka da sesiapa pun di rumah ketika itu.
Namun, memandangkan aku ada rumah sewa, jadi kenalah juga balik ke rumah. Dari lokasi Shah Alam ke Klang, paling mudah kalau tahu jalan dalam kalau nak elak kesesakan lalu lintas.

Kalau rentas jalan kampung. kene rentas satu tempat nama Meru. Jadinya aku pon memandu Toyota Hilux bagi memudahkan lagi perjalanan dia tas jalan tak berturap tu.

Dalam perjalanan balik, aku kena melalui kawasan hutan kelapa sawit. Jalannya memang kecil kerana ia memang jalan kampung dan berbukit sedikit serta banyak selekoh.

Kalau diikutkan memang berlaku banyak kemalangan. Jadi aku tak berani nak bawak laju sebab risau terbabas.

Tengah sedap layan lagu rock tiba-tiba radio aku bunyi seperti ada gangguan siaran. Tak lama kemudian, radio terpadam sendiri.
Aku jadi pelik tapi masih fikir positif saja sebab mungkin kereta ada masalah pendawaian di radio tu. Kalau fikir logic mana ada radio kereta tutup sendiri kalau taka da yang tekan butang tututp atau matikan enjin.

Maka aku biarkan saja. Pemanduan aku teruskan ke tempat yang aku tuju.
Sedang aku memandu seorang tanpa iringan lagu tetiba aku rasa panas telinga seblah kiri aku.

Badan rasa seram sejuk, tapi telinga aku panas.
Aku dah mula dapat agak ada benda lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience