BAB 6 - Cerita II

Horror & Thriller Completed 4255

Tiba-tiba aku rasa kereta berat (aku penumpang je. Kawan yang pandu kereta). Aku rase macam kereta bergerak perlahan sangat.

Aku gatal mulut nak tanya kawan aku apesal kereta tu berat. Tapi kawan aku diam je. Dia pandang depan je, langsung tak menoleh.

Mase aku toleh kat kawan aku tu, aku macam nampak satu kelibat penumpang lain kat tempat duduk belakang. Aku cepat-cepat toleh ke depan semula. Melalui ekor mata aku nampak penumpang berkain putih.

Tak berani nak toleh tengok muka dia. Kami diam je. Dalam hati masing-masing tak berhenti baca apa yang patut. Agak lama jugak la bende tu menumpang. Sampai kat kawasan memancing ikan baru terasa kereta agak ringan.

Ingatkan dah habis sampai situ je. Rupanya bende tu terbang tepi kereta kami.

Nasib baik kawan aku tu kuat jugak. Kalau tak, dah terbabas dah. Alhamdullilah, sampai jugak kat hospital.

Kami stay kat hospital sampai subuh sebab takut nak balik gelap-gelap tu. Selepas azan subuh, kami gerak balik. Degil jugak nak lalu jalan tadi.
Mase sampai kat kaki bukit nak naik ulu yam tu cuaca belum cerah lagi. Tapi sedikit yakin sebab dah subuh. Tiba-tiba dengar suara mengilai. Kuat sangat. Tak fikir panjang, terus patah balik lalu jalan lain. Jauh pun jauh lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience