BAB 10 - Cerita IV

Horror & Thriller Completed 4255

Ya. Jangkaan aku tepat mengenai sasaran!
Aku selalu dah kena perkara seperti ini sebelum ini. Tapi aku jenis tak mahu ambil peduli sangat dan hadap sajalah risiko yang bakal aku tanggung.

Walaupun pengalaman mengajar bahawa kalau rasa tak sedap hati tu, jangan ditoleh ke arah tu tapi aku tengok jugak!
Ada penumpang la pula…

Badannya semi-transparent. Muka dia sebelah cantic, sebelah kiri pula hodoh. Kebetulan, masa aku toleh tengok benda tu, dia pun toleh tengok aku.
Apalagi, terkejut. Rasa nak luruh jantung aku tengok.

Kereta aku yang tak buka penghawa dingin ni terasa sejuk sangat sampai ke tulang rasanya.

Aku istighfar banyak-banyak dalam hati sebab nak kontrol emosi. Alhamdulillah la, aku jenis tak cepat cuak. Masih boleh bertenang walaupun rasa tertekan masa tu tiba-tiba ada penumpang tak diundang.

Aku cuba baca ayat al-Quran, tapi tak dapat. Baru niat, aku dah kena cekik!
Benda tu tak guna tangan pun cekik aku tapi, tekak aku tersekat. bukan takat nak baca ayat je tak boleh, nak bernafas pun tak lepas wei!

Beberapa ketika kemudian baru rasa lega. Aku toleh belakang sekali lagi, tengok benda tu dah tak ada. Sepanjang hantu tu tumpang aku perjalanan aku jadi perlahan macam mendaki bukit curam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience