BAB 5

Horror & Thriller Series 35688

"Besar juga rumah kau ni Maya. Kalau aku tinggal sorang kat rumah macam ni alamatnya aku tak tidur malam lah. Takut," kata Ikin sambil memandang sekeliling.

"Itulah sebabnya aku tak suka mama dan baba aku tinggalkan aku seorang dalam rumah besar macam ni. Dah lah kami baru pindah lepas tu aku pula kena tinggal seorang. Sebab tu aku ajak kau sekali. Temankan aku kat sini," balas Maya.

"Betul juga tu," kata Ikin.

"Kita pergi sebelah sana dulu lah. Aku rasa sebelah sana bilik tetamu kot. Kalau ada yang dah siap kemas, kau boleh pindah situ kalau kau nak. Aku akan minta bibik siapkan bilik tu."

"Eh, tak payah lah. aku ras aku tidur sekali dalam bilik kau lebih baik. Taklah aku takut malam-malam nanti. Seram juga aku kalau sorang dalam bilik," kata Ikin diiringi ketawa. Maya juga turut ketawa.

Maya dan Ikin berjalan ke arah bilik tetamu.Ada tiga bilik kesemuanya di ruang itu. Satu persatu pintu bilik dibuka oleh Maya. Mereka mahu melihat rekaan dan tatahias di dalam bilik tersebut. Tapi sayangnya ketiga-tiga bilik belum lagi siap dikemas oleh bibik. terlalu banyak barang diletakkan di dalam bilik berkenaan.

Malah Puan Maria belum lagi mengasingkan barang-barangnya supaya bilik itu boleh diemas terus oleh bibik. Tidak sempat untuk melakukannya kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja sama seperti suaminya Tuan Syamil. Jika tidak pasti bibik sudah menyelesaikan kerja mengemas dalam bilik tersebut jika sudah diarahkan oleh Puan Maria.

"Aku rasa tak ada apa yang boleh aku tunjuk kat sini lah kat kau. Biasa saja. Semua pun bilik tetamu yang belum siap kemas." kata Maya. IKin hanya mengangguk.

"Jomlah kita ke depan pula. Mungkin ada benda menarik yang boleh kita buat kat situ," cadang Maya lagi.

"Aku ikut je. Inikan rumah kau. Tak kan lah aku nak memandai-mandai pula." balas Ikin. maya hanya mengerling ke Ikin.

Di bahagian depan juga seperti biasa tiada apa yang menarik. Untuk itu, Merek beralih ke bahagian belakang pula. Walau pun ada taman dan pokok-pokok sudah tidak terurus tepai kawasan itu masih boleh dilalui.

"kalau tak silap aku hari tu, mama dan baba ada pesan jangan masuk bilik belakang. Ini kot biliknya." kata Maya perlahan apabila melihat sebuah bilik dengan pintu yang agak usang. Warna catnya juga sudah menggelupas teruk dan di bawahpintu kayu sudah dimakan anai-anai.

"Oh yeke? kalau macam tu tak payah lah kita pergi situ. Nanti tak tahu apa pula yang jadi. Mesti mama dan abab kau marah." kata Ikin.

"Alah... tak payahlah kau takut. Aku cuma nak tengok-tengok keadaan di sini je. Lagi pun bukannya mereka ada yang kau risau sangat mereka nak marah," kata MAya sedikit bengang. Dalam hatinya ada perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

Ikin sudah menggeleng-geleng kepala. Dia mencapai tangan Maya supaya dia berhenti melangkah tetapi gadis itu menepis tangannya. Kemudian berhenti betul-betul di hadapan pintu itu. Pintu itu berkunci dengan mangga. dia tahu dia tidak akan mampu masuk ke dalam untuk melihat apa yang ada dalam bilik tersebut.

"Dahlah. Aku tak boleh masuk pun. Kau tengok ni. Mangga besar," kata Maya sambil jari telunjuk kanannya menghala ke arah mangga yang mengnci erat pintu bilik itu.

Lega hati Ikin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience