BAB 8

Horror & Thriller Series 35688

"Eh kejap, kejap Ikin. Aku nampak sesuatu yang menarik di situ. Jom kita ke sana." Ajak MAya sambil tangan ikin ditariknya sekali. Ikin terdorong ke depan dan hampiir jatuh.

"Kot ye pun, janganlah tarik-tarik. Aku ikut kaula," kata Ikin geram kerana dia hampir terjatuh.

Mata Maya tak berkelip melihat sebuah peti lama yang antik. Dia terasa sperti mahu membuka peti itu dan melihat isi di dalamnya.

Tangannya pantas memberikan lampu suluh kepada Ikin dan meraba untuk membuka peti tersebut.

"Apa kau nak buat ni Maya? Tak payah buka la... Kot keluar benda bukan-bukan nanti kau dengan aku juga yang terkejut," Kata Ikin memberi peringatan.

Maya tidak memperdulikankata-kata Ikin, sebaliknya dia ralit membuka peti tersebut dan terbatuk kecil kerana habuk yang bertaburan apabila penutupnya dibuka.

Di dalamnya ada boneka kotor yang sudah lama, lukisan boneka menangis dan sepudcuk surat.

MAya mengambil boneka itu dan melihatnya.

Hihihihihi

Boneka itu ketawa mengilai apabila Maya memegang bahagian perutnya. Maya terkejut lalu boneka itu dicampak semula ke dalam peti.

"Astaghfirullah... terkejut aku Maya. Tak payah la kau nak ambil barang lain. Jom kita keluar. Aku dah naik seram ni. Aku takuttt" kata Ikin mengajak Maya supaya beredar.

Tangan Maya disentap. Maya mengalih pandangannya dan belum sempat Ikin berkata apa-apa, badanya sudah ditarik oleh Ikin yang sememannya panik supaya meninggalkan peti itu di situ. Ikin menarik Maya hingga ke luar. Dia sudah tidak mahu berada di dalam, Seram.

"Kenapa kau tarik aku sampai keluar ni? Aku tak habis lagi nak tengok barang dalam peti tu," kata Maya seakan mahu merajuk dengan tindakan pantas Ikin sebentar tadi.

"Kau dah gile ke nak stay kat situ lama-lama? Bila kau pegang boneka buruk tu ketawa, aku dah terkejut dan ras tak sedap hati tau tak," kata Ikin meluah apa yang dirasakannya.

"Tak ada apa lah. Memang boneka tu ada bunyi macam tu kot. Aku nak masuk balik, tengok apa lagi dalam peti tu."kata Maya tegas. Tangannya menarik tubuh Ikin supaya mengikutinya tetapi Ikin enggan.

"Aku tak nak ikut kau dah masuk dalam tu. Meremang bulu roma aku. Aku rasa macam ada benda yang tak kena." kata Ikin. NAdanya kali ini tingggi. Nampak dia sedang ketakutan dan tidak mahu berada di dalam bilik stor itu.

"Apa yang kau nak takutkan. Bukan ada apa-apa pun. Dah lah jom," ajak Maya lagi.

"Aku kata aku tak nak, aku tak nak. Kalau kau nak masuk juga kau seorang sahaja yang masuk. aku tak mahu terlibat. Aku takut kan aku cakap," kata Ikin. Maya akhirnya akur. Pun begitu dalam kepalanya masih memikirkan isi kandungan lain dalam peti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience