BAB 4

Horror & Thriller Series 35688

Pukul 8 malam. Maya dan Ikin sudah pun berada di meja makan. Bibik sudah menghidangkan makanan untuk mereka berdua. Banyak yang mereka sembangkan. Maya kembali ceria apabial Ikin tiba di rumahnya tadi.

Pak Jali pemandunya sudah diarahkan untuk mengambil Ikin di rmah sebaik sahaja Ikin menghantar beberapa pesanan whatsapp petang tadi. Malah bibik pun diarahkan untuk menyediakan hidangan yang menarik untuk menyambut kedatangan Ikin. Hati Maya gembira apabila temannya itu bersetuju untuk menemaninya selama 2 minggu ini.

"Terima kasih Ikin. Aku gembira kau setuju. Kalau tak, aku tak tahu siapa pula ku nak ajak temankan aku di rumah ni," kata Maya sambil matanya melihat keluasan rumahnya sendiri tapi dia terpaksa tingal seorang.

"Tak ada apalah. Mujurlah ibu dan ayah aku benarkan. Mulanya mereka pun teragak-agak nak bagi tapi lepas aku jelaskan situasi kau, mereka setuju. Kalau tak, tak sampailah aku kat rumah baru kau ni," katanya sambil tersenyum.

"Aku suka lagi rumah lama tu. Rumah ni luas sangat tapi yang adanya cuma aku sorang dengan bibik. tak guna lah aku rasa." katanya lagi geram.

"Cantik apa rumah baru kau ni. Mungkin sebab kau baru pindah kot. Tu yang ingatan dan jiwa kau masih teringat kat rumah lama." ujarnya sambil bangun membuntuti Maya ke ruang tamu.

"Mungkin. Mungkin juga sebab aku rasa lagi sunyi dalam rumah sebesar ini," omel Maya sambil berjalan. Rendah saja suaranya ketia berkata demikian. Ikin boleh rasakan kawannya itu sedang bersedih. Tangannya mencapai bahu Maya dan menepuknya lembut sebagai tanda supaya Maya bertabah.

Mereka berdua duduk di sofa menghadap televisyen. Perbicaraan tadi diteruskan di ruang tamu pula. Sejak Ikin tiba, barulah Maya mahu bercakap jika tidak dia sepi membisu seorang diri di biliknya sahaja.

"Aku pun kadang-kadang tak faham. Asyik kerja je sampai aku rasa kerja mereka lagi penting dari temankan aku." bebel Maya.

"Eh, takk baik kau cakap macam tu. Cuba fikir yang baik-baik. aku tak rasa mama dan baba kau sengaja nak tinggalkan kau seorang dalam rumah ni. Dah tu kerja mereka dan tentulah mereka kena keluar outstation." pujuk Ikin.

"Dah la aku penat lah nak fikir fasal tu. Aku bukannya tambah relks tapi bertambah sakit hati!" Nadanya keras sedikit memikirkan hal itu.

"Baiklah. Rumah baru kau ni cantik. Tak nak tunjuk kat aku ke? Dari tadi aku datang, kita ni asyik sembang dalam bilik kau je lepas tu ke meja makan lepas tu kat sini pula. Aku kalau nak jalan seorang-seorang memang taklah. Kecuali kalau kau yang jadi tour guide aku," kata Ikin menyeringai.

"Oh ye kan. Aku lupa pulak. Sebenarnya kau pun tak sempat nak explore rumah baru aku ni. Nak jadi tour guide kau pun memang tak lepas lah. Macam ni lah, Esok aku bawa kau sekali keliling rumah ni. Aku pun nak tahu juga. Ni dah malam dan kau rasa macam dah berat matani lepas kita makan tadi. Aku kenyang sangat." balas Maya kemudia berderaian ketawa kedua-duanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience