BAB 10

Horror & Thriller Series 35688

Warghhh!

Rambut Maya ditarik. Tapi bila Maya menoleh, tiada sesiapa di belakangnya.

Dia menoleh semula ke hadapan dan nampak seorang budak lelaki yang mukanya pucat kerana lampu suluh di tanganya itu tersuluh wajah budak itu. Maya cepat-cepat melarikan suluh itu dari mukanya. Dia ketaktan kini. Keseorangan di dalam bilik yang ada hantu.

Budak lelaki itu ada di depannya. Jarak antara mereka tidaklah jauh. Mungkin kurang dari 1 meter. Maya terduduk akibat terkejut. Tangannya menekup muka. Dia menangis ketakutan. Kalau Ikin ada sekali tak mungkin dia akan jadi begini. Semuanya atas kedegilannya sendiri.

"Jangan ganggu aku. Jangan ganggu aku." kata Maya.

Maya boleh merasakan tangan kanak-kanak itu memegang kakinya. Dia ketakutan. Apa yang berlaku sama seperti yang ada di dalam mimpinya.

"Siapa kau?" tanya Maya lagi.

"Janganlah halau aku. Aku cuma nak kawan dengan kakak je." jawab budak lelaki itu.

"Tapi aku tak nak berkawan dengan kau. Kau bukan manusia. Kau hantu!" teriak Maya. Budak lelaki itu menyeringai memandang wajah Maya. Ternampak taringnya.

"Ikin... Ikin... tolong aku Ikin. Bibik... Mana bibik... Someone please save me," kata Maya sambil tesak-esak menangis.

"Kakak, janganlah takut. Saya kan ada. Saya boleh temani kak di sini." kata budak lelaki itu.

"Lagipin, kakak dah tak boleh keluar lagi dari sini," katanya lagi.

"Apa maksud kau?"

"Kakak dah sama macam saya, terperangkap dalam ni. Kakak jangan risau. Saya akan temankan kaka. Janji kakak juga akan teman kan saya. Kalau tidak..."

"Kalau tidak apa? Kau nak buat apa?" teriak Maya lagi.

"Kalau tidak, saya pukul kakak. Atau kakak nak saya bunuh mak kakak?"

"Apa yang kau katakan ni. Merepek. Tak mungkin kau mampu membunuh... Siapa kau?"

"Saya cuma budak kecil yang mahukan teman je. Dah lama saya tunggu kakak datang ke dalam bilik stor ni. Akhirnya kakak datang juga. Saya gembira sangat."

"Tak mungkin kau adalah..."

"Ya, saya lah budak yang kakak baca dalam surat tadi tu. Saya sengaja bagi kaka baca dan tahu fasal saya. hihihi"

"Ini takmungkin. tak mungkin!!!" teriak Maya yang tidak mempercayai.

"Kakak akan tinggal di sini dengan saya. Yeay saya dah ada kawan,"

Maya bagaikan sudah gila. dia mengundur ke belakang perlahan-lahan mendekati pintu untuk berlari keluar. Malangnya dia tidak sempat berbuat demikian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience