BAB 6

Horror & Thriller Series 35688

Bangun pagi keesokkannya, Maya teringat pada pintu bilik stor yang dimangga. Sebelum itu Maya bermimpi dia dapat masuk ke dalamnya. Tapi keadaan dalam bilik stor tersebt amatlah gelap. Tanganya meraba di dinding berdekatan mencari suis tapi tak jumpa. Perlahan-lahan dia berjalan mencari suis untuk membuka lampu. hatinya berdebar. Tiba-tiba ada dua tangan yang mencengkam kedua-dua buku lalinya. Maya terkejut dan terus terjaga.

Nafasnya turun naik. Dia benar-benar terkejut. Apa yang disaksikannya dalam mimpi itu begitu real. Berpeluh dahi dan tengkuknya. Dia melihat Ikin masih tidur di sebelah tetapi tidak perasan dengan apa yang terjadi padanya.

Maya mahu ke bilik stor itu lagi. Dia mengejutkan Ikin supaya bangun dan menemaninya. Tapi liat pula si Ikin untuk bangun. Sebenarnya Ikin berpura-pura supaya Maya membatalkan niatnya untuk ke situ.

"Ikin bangunlah. Jom temankan aku." ajak Maya sambil menggoncang tubh Ikin yang masih terbaring di sebelahnya.

"Aku mengantuklah Maya. LAin kali je lah kita ke sana. Lagi pun akuuu..." kata Ikin malas-malas. Dia mahu mengelak.

"Lagi pun apa?" tanya Maya lagi.

"Aku takut. Mana tahu ada apa-apa yang tak baik kat dalam tu," jelas Ikin.

"Bukan aku suruh kau masuk pun. Aku nak kau teman aku kat luar pun jadilah. Bangunlah!" desak Maya lagi.

"Tapi aku pun nak tahu juga... tapi aku takutttt," kata Ikin.

"Ala... jom jelah. Sekarang dah siang kot. Hantu mana ada waktu siang," kata Maya cuba menyakinkan.

"Oi, celupar pulak mulut kau ni," kata Ikin geram.

Apa kata kita buka pintu tu lepas dah tengok apa yang ada kat dalam, kita tinggalkanlah. Kan senang. Aku cuma nak tahu je. Rasa macam ada trick," kata Maya lagi. Melihat wajah Ikin yang tiba-tiba mendengar kata-katanya dengan teliti membuatkan Maya yakin pujukannya telah mengena.

"OK. jomlah. Tapi mandilah dulu..." kata Ikin mengingatkan. Maya sudah terkekeh ketawa.Senang berkawan dengan Ikin yang mudah dibawa berbincang.

"Iyelah. Mandi dulu. Paling penting kau sanggup nak temankan aku. Nak jumpa hantu pun kena wangi-wangi ye tak?," kata Maya mengusik Ikin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience