BAB 9

Horror & Thriller Series 35688

Malam itu, setelah Ikin tertidur, Maya idak boleh melelapkan mata. Fikirannya amasih menerawang ke isi kandungan peti yang dibukanya tadi. Dia mengalih melihat Ikin. Sudah nyenyak tidur. Tak sampai hati pula dia mahu mengejutkan kawannya itu.

Tapi jika dia mengejutkan Ikin pun, belum tentu Ikin akan setuju menemaninya ke bilik stor tersebut. Siang tadi Ikin bukan main marah hingga menggeletar tidak mahu masuk semula ke dalam bilik stor itu apabila diajak. Mungkin dia benar-benar takut.

Akhirnya Maya nekad ke sana seorang diri. Dia bangun dan menukar pakaian. Seluar jeans dan t shirt disarung dan dia mencapai lampu suluh yang lebih besar. Dia mahu melihat degan lebih jelas apa yang ada di dalam bilik itu.

Mujur Bibik sudah tidur dan pakJali pula tidak tinggal di situ sekali. Jam 7 tadi dia sudah pulang ke rumahnya dan esok pagi jam 8 akan kembali semula.

Jadi jika Maya mahu ke sana malam ini tidaklah menjadi masalah. Tiada sesiapa yang akan menyekatnya.

Maya berdiri di hadapan pintu stor dan menolak pintu itu. Seperti tadi bunyi kriuk kriuk kedengaran kerana sudah berkarat.

Lampu suluh dihalakan pada peti yang dibukanya. Penutup peti itu masih sama seperti yang ditinggalkannya tadi. Maya merapatinya.

Lukisan itu diambil dan Maya meniup habuk yang menutupinya. Gambar boneka menangis itu kelihatan lebih seram. Maya tidak berani untuk menatap lebih lama. lanas, lukisan itu diletakkan semula.

Surat itu pula di tenung. Tanggannya mehu mencapai tapi tiba-tiba ada seekor kucing htam datang mengiau. Maya tersentak. Jantungnya bedegup laju. Setelah ia pasti itu kucing, Maya menghalau kucing tersebut.

Surat itu sudah berada di dalam tangannya. Perlahanlahan tangannya membuka lipatan surat itu. Bimbang jika terkoyak. Almaklum, kertasnya sangat usang dan nipis. Tersalah gaya pasti senang koyak. Sesekali habuk yang menyaluti surat itu ditiupnya. Hingga di asendir terbatuk-batuk kecil. Kadang-kadang terbersin sekali.

Bulu romanya tegak. Dia membaca satupersatu bait kata yang ada.

Ma,

Adik ada seorang kawan kat bilik ni. Dia selalu datang kat adik dan ajak adik main sekali dengan dia. Tapi adik tak nak sebab dia selalu datang malam-malam. Adik mengantuk. Kalau adik kata tak nak dia mesti marah dan pukul adik. Nak tak nak adik terpaksa main dengan dia. Layan dia. Kalau dia tak pukul adik dia atau nak bunuh ma.

Adik lebih rela dia pukul adik dari dia apa-apakan ma. Tapi ma, adik dah tak tahan kna pukul dengan dia. Sakit. Badan adik lebam-lebam sebab dialah. Bukannya adik jatuh seperti yang adik katakan tu. Cuma adik takut nak cakap. Takut ma tak percaya pada adik. Tapi malam semalam dia kata nak bawa adik pergi. Adik tanya ke mana dia tak bagi tahu. Kalau adik tak ikut, mama akan mati. Jadi adik akan ikut dia supaya ma akan terus hidup. Maaf adik tipu ma selama ni. Adik takut, adik sayangkan ma juga.

Maafkan adik ma.

Adik sayang mama.

Tangan Maya sudah terketar-ketar. Matanya ditakungi air mata. Perasaannya hiba dan ketakutan dalam satu masa.Apa yang terjadi?

Tiba-tiba angin menderu laju menerpa wajahnya dari kiri. Maya bernafas laju. Surat itu dilipatnya semula dan cuba untuk meletakan dalam peti semula. Ketika dia sedang menonggeng meletakkan surat, ada bunyi orang bertepuk tangan di belakangnya. Maya menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience