BAB 3

Horror & Thriller Series 35688

"Mama pergi dulu ya sayang. Dua minggu saja. Lepastu kami akan balik jumpa Maya. Janganlah marah mama dengan baba macam ni sayang." Kata Puan Maria memujuk. Dia tidak sedap harti meninggalkan Maya yang masih merajuk akibat ditnggalkan keran dia dan suami perlu outstation atas urusan kerja mereka. Biar pun sudah mahu bertolak, Puan Maria masih mencuba menggembirakan hati Maya yang bakal ditinggalkannya itu.

"Cepat sikit. Kita dah lambat ni. Maya baba dan mama pergi dulu ok. Kita jumpa kemudian," kata Tuan Syamil seraya mengarahkan pemandunya siap sedia untuk bertolak. Maya masih lagi membatu di muka pintu rumahnya. Tangannya seakan berat untuk membalas lambaian Puan Maria. Hatinya sakit. Geram dengan tindakan kedua orang tuanya yang terus bekerja dan meninggalkannya keseorangan di rumah dengan bibik.

Dalam 10 minit juga dia membatu di depan pintu rumah. Pandangannya kosong. Mama dan babanya sudah pun bergerak ke luar. Langkahnya longlai masuk ke dalam apabila bibik memanggilnya jika dia mahu makan.

Di meja makan, Maya terus duduk perlahan. Dia melihat bibikk sudah sediakan beberapa hidangan untuknya makan. Tapi hidangan itu dipandangnya sepi. Tiada selera untuk menjamahnya. Lainlah jika mama dan baba ada bersama. Pasti meriah biarpun makanannya sikit.

"Bibik... Bibik simpanlah dulu makanan ni. Kalau bibik nak makan dulu pun tak apa. Saya tak lapar lagi.Saya naik ke atas dulu," katanya ringkas. Wajahnya masih sayu ditinggalkan tadi.

"Baiklah Maya. Jika Maya mahu makan nanti panggil aja bibik ya," balas Bibik. Maya terus ke tangga dan ke bilik tidurnya. Kata-kata bibik sebentar tadi umpama masuk teinga kiri keluar telinga kanan. antara dengar dan tidak.

++++++++++++++

Telefon bmbit miliknya di belek. Satu persatu aplikasi yang terdapat dibuka dan ditutup kembali. Maya sudah mulai bosan ditinggalkan keseorangan. Mahu bersembang dengan Bibik dia tidak tahu apa isu yang boleh disembangkan aptah lagi dia kurang faham dengan bahasa yang digunakan bibik.

Senarai contact yang disimpan dalam telefonnya dibuka. Nama teman baiknya dicari. Ikin. Nombornya di tean untuk mode memanggil.

"Helo Ikin. Aku kacau kau ko sekrang ni? Free tak?" bicara Maya memulai.

"Taklah. Aku tengah lepak kat rumah.Baru je lepas makan dengan keluarga aku. Kenapa Maya? Tiba-tiba aje kau call aku ni?" tebak Ikin. Sepertinya Maya ada masalah atau dia sendiri kebosanan.

"Memang pun aku ada hal ni. Aku nak ajak kau tidur kat rumah baru aku. Kau nak tak?" tanya Maya tepat ke sasaran tanpa berselindung. Kebosanann yang dirasai sudah memuncak. Dia perlukan teman untuk berbal dan menemaninya di rumah barunya yang cukup luas itu.

"Ha? Biar betul kau ni Maya. Bukan kau kata parent kau tak suka sangat kawan-kawan kau datang ke rumah?" tanya Ikin hairan.

"Betullah. Baba aku dah bagi kebenaran. Lagi pun mama dan baba tak ada. Mereka outstation dan tinggalkan aku lagi. Dua minggu pula tu. Sekarang ni aku sorang-sorang di rumah." akui Maya.

"Hmmm... Patutlah. Aku tak pasti lagi lah Maya. Biar aku tanya dengan ibu dan ayah aku dulu ya. Kalau mereka benarkan, aku akan whatsapp kau nanti," balas Ikin.

"Baiklah Ikin. Aku harap mereka benarkankau tidur rumah aku. Aku rasa macam nak gila dah tengok dindin ni," kata Maya sebelum memutuskan talian dengan Ikin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience