BAB 11

Horror & Thriller Series 35688

"Maya... Maya... mana pula dia ni" kata Ikin mencari kelibat kawannya. Bibik juga tidak nampak jika Maya ada bangun awal dan dia sendiri tidak melihat Maya di mana-mana seperti biasa yang selalunya.

"Eh, tak kanlah dia pergi ke bilik stor belakang tu." syak Ikin. Hatinya dah mula tak sedap memeikirkan apa yang terjadi semalam.

Ikin terus berlari kebelakang menuju ke bilik stor. Peliknya, pintu itu berkunci dan ada mangga yang menguncinya. Dadanya berombak.

'Tak mungkin. Bukankah pintu tu tak berkunci. MAya sendiri tak pegang kuncinya. Tapi siapa yang kunci?' fikirnya dalam benak.

"Ada macam yang tak kena di sini... Pak Jali... Pak Jali.... tolong saya PAk Jali..." jerit Ikin.

++++++++++

"Pak Jali, tolong saya pecahkan mangga ni.. Saya rasa Maya ada di dalam!" kata Ikin cuba menyakinkan.

"Apa? Baiklah Pak Jali pergi cari tukul dulu," kata PAk Jali kemudian kembali dengan tukul besar di tangannya.

"Bibik... Bibik tolong telefon Mama dan Baba Maya sekarang juga. Minta mereka balik. Katakan ini kecemasan. Maya dah hilang!" tegas Ikin. ibik mengikut saja. di ajuga cemas kerana Maya sudah hilang.

"Mari Pak Jali. Kita ke belakang di bilik stor lama tu," arah Ikin. Pak Jali berjalan di hadapan. Ikin engikutinya dari belakang. Berpeluh-peluh kdua-duanya bimbang dengan kehilangan Maya.

"Pecahkan mangga pintu bilik tu Pak Jali. saya rasa Maya ada di dalam," Pak Jali yang kebingungan juga sekadar menurut. dia sendiri sudah tidak mampu berfikir di mana Maya menghilangkan diri.

Beberapa kali juga Pak Jali mengetuk mangga itu degan tukul tetapi tak berjadi. Lepas setengah jam mencuba, akhirnya mangga tersebut lerai. Pak Jali meminjam pemotong besi dengan jiran mekaniknya sebelah rumah. Ikin berlari masuk ke dalam.

"Maya... Maya... kau ada di dalam ke? Jawab aku Maya," kata Ikin. Air matanya sudah melelh menuruni pipi. Dia takut. Dia takut memikirkan jika MAya dalam bahaya gara-gara tindakan mereka sebelum ini yang menceroboh bilik stor ini.

Tiada jawapan. Sunyi.

Ikin meminta lampu suluh dari Pak Jali. Disuluhnya ke sekitar dan dia tersuluh kaki seseorang. Dalam hatinya terdetik itu adalah kaki Maya. Tapi dia tidak mahu membuat kesimpulan terburu-buru.

"Pak Jali, jom ikut saya masuk ke dalam," ajak Ikin.

Pak Jali hanya menurut dan mengekori langkah Ikin. Ikin melangkah menuju ke arah Kaki yang disuluhnya. Benar. Itu adalah kaki Maya! LAmpu disuluh pula ke atas.

Maya sudah meninggal dunia. Dia mati dalam keadaan terduduk. Belakangnya tercucuk besi tajam yang tepat mengenai jantungnya. Matanya jga terbeliak. Lehernya juga birat seakan dicekik seseorang.

"Maya... kenapa jadi macam ni? Kau datang seorang diri ke sii. Kenapa kau degil?" Ikin sudah berteriak menangisi keadaan maya yang mengerikan itu. Pak Jali beristighfar. Dia tidak sangka Maya boleh mati di dalam bilik stor berkunci ni.

+++++++++++

Pak Jali menghubungi polis dan ambulan. Ketika jenazah Maya mahu di masukkan ke dalam ambulan untuk urusan bedah siasat,Puan MAria dan Tuan Syamil tiba. Puan Maria sudah seperti orang histeria. Belum sampai dua minggu Maya ditinggalkan, dia sudah menemui ajalnya.

Ikin memeluk Puan Maria dan Tuan Syamil cuba menenangkan isterinya. Dia rasa menyesal yang teramat sangat meninggalkan Maya seorang di rumah bersama bibik.

Kematian Maya menjadi misteri. Ikin hanya menceritakan apa yang berlaku namun sehingga kini tiada siapa yang menemui jawapan bagaimana Maya boleh mati di dalam bilik stor itu dan dikunci dari luar. Peti yang diceritakan oleh Ikin juga tidak lagi kelihatan di dalam bilik stor itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience