BAB 7

Horror & Thriller Series 35688

Maya dan Ikin berjalan ke arah belakang rumah di mana terletaknya bilik stor yang mereka pergi sebelum itu. Semakin menghampiri tempat itu, mereka semakin berdebar.

"Sunyinya kat belakang rumah kau ni. Semalam aku tanya bibik, dia pun kata tak berani lama-lama ada kat sini. Tapi kau ni je yang sibuk nak tahu ada apa kat belakang ni," kata Ikin sedikit memerli.

"Alah. kau ni bising lah. Kita dah sampai sini pun. Apa lagi kau nak kecoh ni?" kata MAya dengan geram. Matanya menenung mata Ikin. Dalam.

"Eh, cuba kau tengok pintu tu. MAsa kita datang mula-mula bukan kau kata berkunci, ada mangga besar segala. ni aku tengok macam renggang sikit je. Macam boleh masuk terus je ni. Ada orang yang buka mangga tu ke?" tanya Ikin sambil matanya terbeliak melihat pintu itu seakan ada yang telah membukanya.

"Betul juga kata kau Ikin. Aritu memang aku ada nampak mangga besar yang mengunci pintu bilik stor ni. Tak mungkin ada yang buka. Tak kan PAk Jali. dia tak ada di sini. Bibik memang tak pegang mana-mana kunci di rumah ini," ujar Maya kehairanan. Dia masih jelas ingat apa yang dilihatnya. Tak mungkin dia lupa.

"Habis tu macam mana pula pintu ni boleh terbuka macam ni? Mesti aa yang buka ni..." kata Ikin seraya memandang wajah Maya.

"Aku tak ada kunci, mustahillah aku yang buka. Lagi pun kan semalaman aku dengan kau dalam bilik. Bila masa pula aku nak keluar buka pintu ni?" Kata-kata Maya itu ada benarnya. Ikin menggaru kepala.

"Kita tak payah masuklah. Aku naik seram pula. Siapa pun tak pegang kunci. Siapa pun tak buka pintu. So macam mana pintu ni boleh terbuka sendiri? Mustahil hantu!" kata Ikin. Imaginasinya dah bermula. Mya ayng berani juga menggeletar bila terfikir tentangnya.

"Eh, tak kan hantu pandai buka pintu. Kau ni pun satu lah Ikin. Saja nak menakutkan aku," marah Maya.

"Macam mana nak go on juga ke?" Tanya Ikin.

"Alah redah je lah" kata Maya.

Maya dah berjalan ke hadapan menghampii pintu tetapi Ikin masih membatu. Berfikir mahu ikut serta tau tinggal di luar. Namun akhirnya dia melangkah mengikuti belkang Maya juga.

Maya menyelak daun pintu itu dan keluar bunyi engsel berkarat. Kriuk kriuk. Lampu suluh yang dibawa seali ditala pada sekeliling bilik.

"Ish, busuknya bilik ni," teriak Ikin.

"Tak ada lah apa benda sangat bilik ni. Macam bilik budak kecil je pun. Buang masa je nak buka pintu ni. sampai mimpi-mimpi bagai. Huh," marah Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience