BAB 1

Horror & Thriller Series 35688

"Abang, saya rasa bersalah. Macam mana saya nak bagi tahu pada Qila yang kita berdua kena outstation dan tinggalkan dia di rumah ni? Kalau saya cakap sekarang mesti dia mengamuk. Tambah merajuk budak tu nanti." Kata Puan Maria yang tidak sedap hati mahu meninggakan anaknya apatah lagi memberitahu tentang pemergiannya dan suami yang outstation.

"Alah, awak bagi tahu je. Kalau dia merajuk pun bukannya lama. Dia budak lagi. Bukan faham apa pun." balas Tuan Syamil. Tanganya ligat mencapai tali leher yang mahu dipadankan dengan baju formal yang mahu dibawanya sekali.

"Abang ni tak membantu langsung! Dia dah besar dan dia faham. Saya tak mahu emosinya terganggu kerana kita selalu tinggalkan dia. Dahlah dia masih marah sebab kita buat keputusan untuk berpindah ke rumah ni. Lepas tu, kita pula nak tinggalkan dia," ujar Puan Maria sedikit geram dengan jawapan yang diberikan oleh suaminya tadi.

"Mahu tak mahu kena beritahu juga bukan? Kalau awak tak nak beritahu biar saya saja yang buat. Lagi pun tadi awak kata dia dah besar dan pasti dia akan faham situasi kita. Tak bolehlah nak menangkan dia sahaja." Kali ini kata Tuan Syamil tegas.

Urusan kerja dan perniagaannya tidak boleh dilengahkan. Setiap masa yang berlalu adalah peluang dan keuntungan yang patut direbut. Jadi ia tidak boleh disia-siakan begitu sahaja.

"Susahnya bercakap dengan abang ni. saya tak pernah nak menang. Abang je yang betul. Hmm.. kalau begitu, abang saja yang sampaikan hal ini pada dia nanti," Kata Puan Maria. Dia terpaksa terpaksa akur dan beralah dengan kehendak suaminya. Suaminya dah pun nekad, dia pun tidak mampu berbuat apa-apa.

"Baiklah, abang je yang cakap dengan dia ya. Saya akan duduk tepi je nanti. Saya nak tengok abang pujuk dia." kata Puan MAria tak puas hati tapi tak mampu nak membangkang.

"Hmm Awak tengoklah nanti," balas tuan Syamil.

"Dah lah, saya nak tidur. Tak kuasa dah saya nak layan abang bertengkar," kata Puan Maria lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience