BAB 2

Horror & Thriller Series 35688

"Maya sayang. Mari duduk sini dengan baba." ajak Tuan Syamil apabila melihat kelibat anaknya itu lewat ruang tamu menuju ke dapur.

Disebabkan mood Maya sedang elok maka dia datang dengan muka yang cukup manis. Maya duduk di sebelah ayahnya sambil sebelah tangannya memaut leher Tuan Syamil. Dia satu-satunya ank tunggal dan cukup dimanjakan oleh Puan Maria dan Tuan Syamil sendiri.

"Hurm... baik je anak baba hari ini. Mesti tengah happy kan?" kata Tuan Syamil sambil mencuit hujung hidung Maya.

"Tak ada lah. Maya gembira la mama dan baba ada di rumah hari ni. Selalunya Maya tinggal seorang diri tapi hari ni ada dua-dua sekali tentulah Maya rasa gembira. Kalau tak , Maya rasa sorang-sorang dan bosan." Katanya ringkas sambil jarinya menguis-nguis lengan bajunya yang tidak berlipat itu.

"Alah, kesiannya anak baba. Tapi bibik kan ada. KAlau mama dan abba keluar pun bukannya bawa bibik sekali. Maya boleh je bercakap dengan bibik kalau rasa bosan." Tebak Tuan Syamil sengaja mahu menduga anaknya itu.

"Bibik lain la baba. Maya tak faham sangat bahasa dia tu. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawabnya. Penatlah Maya setiap kali nak bercakap dua ke tiga kali semata-mata nak faham apa yang dia cuba cakap tu," omel Maya. Kali ini ada nada tidak puas hati.

"Baiklah-baiklah. Lain kali kalau baba dan mama nak keluar outstation, baba akan benarkan Maya bawa kawan Maya datang rumah dan tidur kat sini untuk temankan Maya. Okay tak macam tu?" tanya Tuan Syamil lagi.

"Iyake ni baba? Kalau baba bagi takkan lah Maya nak menolak. Macam tu lagi best!" jawab Maya sambl menghadiahkan satu ciuman di pipi Tuan Syamil kerana terlebih gembira dengaan kelonggaran yang diberikan kepadanya.

Tuan Syamil mengangguk dan memeluk Maya dengan penuh kasih sayang. Itu saja umpannya untuk membuatkan mood Maya kekal baik. Niatny auntuk memberitahu hal sebenar pula selepas ini.

"Baba janji ya? Mama... mama pun dengar sekali kan? Kalau baba marah Maya bawa kawan datang rumah lepas ni mama marah baba balik tau!" katanay diiringi ketawa nakal mengusik Tuan Syamil. Puan Maria sudah ketawa sambil menggeleng kepala dengan permintaan nakal anaknya gadisnya tadi. Sudah 14 tahun umurnya tapi masih manja terlebih.

"Maya sebenarnya baba ada hal sikit nak cakap," kata Tuan Syamil memulakan. Maya terus berubah muka. Bagaikan tahu apa yang bakal keluar dari mulut babanya itu.

"Mama dan baba kena pergi outstation tau. Kali ni dalam dua minggu juga lamanya. Baba harap Maya okay. Tadi kan baba dah bagi kebenaran boleh ajak kawan tidur di rumah kita, tak ada lah Maya sunyi," kata Tuan Syamil dalam nada memujuk.

"Hmmm... Patutlah baba dengan mama baik hati sangat tadi." Kata Maya diiringi hembusan nafas yang kuat kerana geram.

"Mama dan baba dah fikir apa yang boleh supaya kamu tak tinggal keseorangan dan itulah jalan yang terbaik. Kami kena kerja untuk Maya jugakan sayang?" pujuk Puan Maria pula apabila wajah Maya sudah kelat. Diusap kepala anaknya itu.

"Kalau mama dan abba dah buat keputusan tiada apa lagi yang boleh Maya katakan." Balasnya tidak puas hati lalu bangun meninggalkan Tuan Syamil dan Puan Maria saling berpandangan kerana resah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience