BAB 2

Romance Completed 9001

"Faruq, kenapa termenung je ni? Ada apa-apa ke?" Faruq yang leka
termenung terkejut dengan teguran ayahnya. Haji Ahmad melabuhkan
punggungnya.

"Ayah kenapa tak baring? Ayah kan tak sihat?" Faruq risau akan kesihatan
ayahnya. Keadaan bapanya membuatkan dirinya kuat bekerja. Selepas uminya
meninggal dunia, ayahnya tidak bermaya. Sering saja sakit. Kasihan
melihat ayahnya itu, dia berniat untuk bekerja. Mencari rezeki sedikit.
Dia juga sedang belajar agama dengan sahabat ayahnya di kampung
seberang. Tiba-tiba, dia teringat akan gadis yang tinggal di seberang.
Selalu dia pergi belajar agama, tidak pernah pula ternampak gadis itu.
"Tak apalah, Faruq.. Ayah okey. Kamu tu? Termenung aje" Faruq tersengih.

"Ayah, Faruq ada kenal dengan seorang ni.. " tiba-tiba ayahnya ketawa.
Faruq hairan melihat reaksi ayahnya. Dia salah cakap ke?

"Faruq.. Faruq.. Ayah dah tahu dalam fikiran kamu tu. Siapa namanya?"
Faruq tersenyum malu. Ayahnya tahu-tahu saja dalam fikirannya itu.

"Namanya Zainab, yah. Dia dari kampung sebelah" kata Faruq lalu
tersenyum. Haji Ahmad menggelengkan kepalanya. Faruq satu-satunya yang
dia ada. Biarlah anak lelakinya itu gembira dan pandai membuat keputusan.

"Ayah dah agak. Apa-apapun, jangan lupa Allah. Sentiasa ingat pada
Allah..ayah nak masuk tidur dulu" Haji Ahmad cuba bangun dari tempat
duduknya. Faruq turut membantu. Segala nasihat ayahnya itu dia ambil.
Alhamdulillah, ilmu agama yang dicurahkan ayah dan uminya sudah cukup
untuknya. Dia sangat bersyukur.

Zainab.. Bagaimana reaksi gadis itu apabila membaca surat darinya?
Hatinya rasa gementar. Namun, dia amat mengharap. Dia berharap agar
mereka menjadi sahabat. Pada pertama kali dia melihat gadis itu apabila
mereka berlanggar, Faruq terasa sesuatu yang istimewa tentang gadis itu.

Faruq berjalan untuk ke kelas agama di kampung sebelah. Kampung gadis
itu. Dia berharap agar bersua muka dengan gadis itu.

"Faruq, kau cari siapa?" soal sahabatnya, Firdaus. Faruq tersentak. Dia
memandang sahabatnya. Apa yang harus dia katakan?

"Tak ada apa-apa.. Kita kan nak ke kelas" Faruq cuba mengelak.

"Eleh.. Kau jangan tipulah, kau cari perempuan tu kan?" Firdaus tahu apa
yang berada di fikiran sahabatnya itu. Dia juga tahu tentang gadis itu.
Itupun Faruq yang beritahu. Jika tidak, dia sendiri pun tak tahu.

Faruq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kelakuannya dapat ditangkap
oleh sahabatnya. Dia tersengih sendirian.

Semasa perjalanan untuk pulang ke rumah, Faruq dan Firdaus terjumpa
dengan Zainab dan Farah. Faruq tidak menyangka akan bersua muka dengan
gadis itu.

"Assalammualaikum"

"Waalaikummussalam"

"Dari mana, Zainab?"

"Baru lepas beli barang di pasar, awak?" soal Zainab.

"Saya baru lepas habis kelas agama di rumah Haji Daud"

Zainab terangguk-angguk. Di tangannya ada surat untuk diberikan kepada
Faruq.

"Ini balasan surat untuk awak" Zainab menghulurkan surat kepada Faruq.
Faruq tersenyum lalu tertunduk.

"Faruq! Faruq!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience