BAB 4

Romance Completed 9001

"Kenapa dengan ayah?" soal Faruq. Suaranya panik. Dia jadi takut.
Muhammad menarik tangannya. Faruq terus berlari mengikut Muhammad untuk
melihat ayahnya. Dia takut jika terjadi apa-apa dengan ayahnya itu.
Dalam hatinya tidak henti-henti berdoa agar tidak ada apa-apa yang
berlaku.

Zainab mengambil surat yang terjatuh atas tanah. Surat yang ditinggalkan
Faruq. Dia tertanya-tanya apa yang terjadi.

"Allahuakbar! Allah...." Firdaus menepuk- nepuk belakang Faruq. Dia
bersimpati dengan musibah yang ditimpa oleh Faruq.

"Ya Allah...!" Faruq memeluk ayahnya yang sedang baring terkaku. Orang
ramai turut mententeramkan Faruq. Mereka bersimpati dengan Faruq. Kata
Muhammad, ayahnya meninggal dunia kerana serangan jantung pagi tadi.
Sewaktu itu, Faruq di kelas agama.

"Sabar, Faruq. Mengucap" Syed cuba untuk menenangkan Faruq. Syed seorang
rakan sekerjanya. Dia sangat kenal dengan ayah Faruq.

Faruq tidak henti-henti mengalirkan air mata. Dia menyesal kerana tidak
sempat untuk memohon maaf dan ampun. Dia tidak sempat untuk mencium dahi
lelaki tua itu. Ayahnya pergi tanpa sebarang kata-kata terakhir. Sungguh
terkesan pada hatinya.

"Ya Allah... Ampunilah dosa ayahku.. Tempatkanlah ayahku dengan
orang-orang yang soleh, ya Allah...." Air matanya tidak berhenti. Masih
membasahi pipinya.

Firdaus mengelap air matanya. Dia turut sedih yang apa yang berlaku.
Kini, Faruq tinggal sendirian. Dia memeluk Faruq.

"Sabar, Faruq. Ini takdir..kau sepatutnya tabah, Faruq..sabar" Firdaus
cuba untuk melembutkan hati Faruq.

"La hawlah wala kuwwataillah billah...." Faruq menahan sebak. Tengah
hari tadi dia memandikan jenazah ayahnya. Sedihnya hanya Allah saja yang
tahu. Petang pula baru dikebumikan. Dia tidak dapat melihat wajah
ayahnya itu. Tidak tahan mengalirkan air mata.

Malam itu, dia duduk di atas sejadah. Faruq cuba untuk bermuhasabah
diri. Air matanya dibiarkan mengalir. Bagaimana dia mahu meneruskan
hidupnya tanpa ayah di sisi? +

"Bismillah..hirahman..nirrahim" Faruq sebak. Air matanya tetap aktif
mengalir.

"Tabarakallazi biyadihil mulku wahuwa a'la qullisyaii inqodir"
Satu ayat dia berhenti hanya untuk mengelap air mata. Dia meneruskan
lagi bacaannya. Namun, dia berhenti. Menahan sebak. Lalu dia meneruskan
lagi untuk menghabiskan surah al-Mulk. Pada malam yang sunyi itu, dia
hanya menghabiskan masanya di atas sejadah. Malam itu hanya Allah yang
menemaninya.

Zainab dibenarkan untuk ke tasik. Dia mahu mencari ketenangan. Dia mahu
bersendirian. Dia tidak menyangka ibunya akan membenarkan dirinya untuk
keluar seorang diri. Dia hanya mahu ke tasik yang tidak jauh dari
rumahnya.

Tiba di tasik, dia ternampak satu susuk tubuh. Dia mengerutkan dahinya.
Siapa tu? Semakin dia menghampiri semakin dia kenal siapa lelaki itu.

"Assalammualaikum" Zainab memberi salam. Jarak di antara mereka agak
jauh. Zainab tidak mahu menimbulkan fitnah. Dia datang ke sini untuk
bersendirian bukan niat untuk berjumpa dengan lelaki ini.

"Waa..waalaikummussalam, Zai..Zainab" terkejut Faruq melihat Zainab yang
tersenyum memandangnya. Tidak sangka dia dapat berjumpa dengan gadis
ini. Sejak ayahnya meninggal dunia, dia tidak bersua muka.

"Maaf tentang ayah awak, Faruq" Zainab dengar berita itu dari bapanya.
Dia tahu lelaki ini sedih dengan kepergian arwah ayahnya. Faruq hanya
tersenyum hambar. Terus-terang kehidupannya tidak ceria dulu. Dia juga
sudah lama tidak belajar agama dengan Haji Daud. Dia tidak makan dan
tidak minum. Hanya yang dia tahu, memeluk baju peninggalan arwah ayahnya.

"Awak buat apa dekat sini?" soal Faruq pula. Zainab tersenyum sambil
memandang tasik.

"Inilah yang saya inginkan, Faruq. Bebas dari sangkar burung. Bebas
berterbangan. Saya inginkan kebebasan" Faruq hairan. Kebebasan? Bebas
dari apa? Hatinya tertanya-tanya.

"Maksud Zainab?" Zainab tersenyum.

"Saya tak selalu keluar dari rumah, ibu saya melarang saya untuk keluar
kecuali membeli barang..saya bosan duduk di rumah jadi saya minta izin
ibu saya untuk ke tasik, untuk menenangkan diri, tak sangka terjumpa
dengan awak" kata Zainab. Angin yang menyentuh tubuhnya terasa nyaman.

"Saya setuju untuk menjadi sahabatmu, Faruq" Faruq menoleh ke arah
Zainab. Dia tidak percaya dengan kata-kata itu. Benarkah?

Faruq mengangguk lalu tersenyum. Hatinya terubat sedikit dengan
kehadiran gadis ini. Hilang sedikit kesedihan yang menimpanya. Dia tahu
gadis ini baik. Gadis itu tidak tahu bahawa dia menyimpan perasaan
terhadap gadis itu.

"Kamu dari mana, Zainab?" wajah ibunya agak tegang ketika itu. Wajah
yang tidak ada kelembutan. Zainab agak terkejut dengan teguran ibunya
itu.

"Dari.. dari tasik,bu" katanya. Zainab takut akan renungan mata ibunya.

"Kamu ada berjumpa dengan lelaki, Zainab?" Zainab tersentak. Dahinya
berkerut.

"Ada tapi..."

"Ibu dah tahu dah.. Kenapa dengan kamu ni, Zainab? Kamu kata nak ke
tasik, rupa-rupanya kamu berjumpa dengan lelaki ya, Zainab?!"

Zainab tersentak lagi. Itu tidak benar. Dia bukan berjumpa tetapi dia
terjumpa. Dia tidak mengotakan janji untuk berjumpa dengan Faruq. Namun,
kenapa ibu tidak mengerti?

"Mak Ju kata dengan ibu yang kamu berdua dengan lelaki, kenapa dengan
kamu ni, Zainab?!"

"Tak, ibu! Zainab tidak berduaan.. Zainab terjumpa dengan Faruq. Zainab
bukan membuat janji untuk berjumpa dengannya! Percayalah ibu!" Dia rasa
mahu menangis. Sampai hati Mak Ju berfikiran begitu.

"Ouh, jadi Faruq nama dia? Siapa dia, Zainab? Kamu seperti dah kenal
lama dengan dia"

"Sudahlah Mak Ei, Faruq tu anak arwah Haji Ahmad dari kampung sebelah.."
Bapa Zainab menegur sikap baran isterinya. Mak Ei terdiam.

"Baiklah, ibu maafkan kamu.. Lepas ni jangan berani keluar rumah, ibu
tak izinkan" tegas Mak Ei.

Malam itu, Zainab duduk mengelamun di anak tangga rumah. Memikirkan
kejadian petang tadi buat dia rasa penat. Sudahlah dengan keadaannya
yang lemah. Dia tidak berniat untuk bertemu dengan Faruq. Mulutnya
terkumat-kamit dengan zikrullah. Hatinya sedikit tenang. Dia berharap
agar hubungannya dengan Faruq sebagai sahabat tidak ada kesulitan.

Zainab mencapai pil ubat di atas meja. Sudah lama tidak menelan
ubat-ubatnya. Walaupun masih kondisi yang lemah, masih tidak ada selera
untuk minum ubat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience