BAB 13

Romance Completed 9001

Faruq berjalan-jalan di sekitar kota di sumatera. Dia mahu menghilangkan
rasa dukanya. Dia mahu ceria dulu. Dia mahu hidupnya yang dulu. Jika
arwah ayahnya masih hidup, mahu saja dia peluk saja orang tua itu
sepanjang masa.

Faruq cuba untuk melupakan Zainab. Walaupun sukar namun Faruq cuba
menyibukkan diri dengan menghadirkan diri ke kuliah-kuliah. Perasaan
cinta itu dia ketepikan. Dia tahu dia tidak layak untuk Zainab. Dia tahu
kedudukannya. Dia tidak punya harta untuk membahagiakan Zainab. Namun,
dia tetap berdoa agar Zainab dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik
berbandingnya. Walaupun dia sebernanya tidak sanggup.

Faruq berjalan di sekitar jalan yang bersebelahan dengan laut. Dia
menikmati angin yang sejuk dan nyaman pada petang itu.

Langkah Faruq terhenti apabila melihat susuk tubuh seorang gadis yang
sedang memandangnya. Faruq terkedu sebentar. Jujurnya, dia tidak mahu
berjumpa dengan Zainab. Dia tidak mahu melihat Zainab yang tidak lagi
mencintainya. Pedih...

"Faruq..."

Faruq menoleh ke arah lain. Tidak sanggup dia mahu melihat gadis itu.
Zainab menghampirinya.

"Maafkan saya.." Kata Zainab. Faruq masih tidak menoleh ke arah Zainab.
Hatinya sedih. Dia sudah lama memaafkan gadis itu. Dia tahu dia tidak
layak untuk Zainab.

Faruq ingin membuka mulut dan tiba-tiba seorang lelaki dari arah
belakang melanggar ke arah Faruq. Lelaki tersebut tertolak Faruq lalu
Faruq terjatuh dan perutnya tertusuk dengan bucu yang tajam.

"Faruq!!!" Jerit Zainab. Zainab segera berlari menghampiri Faruq.

"Tolong! Tolong!" jerit Zainab meminta tolong. Ramai orang menghampiri
Faruq yang sedang menahan kesakitan.

"Zainab..."

Zainab duduk di sebelah Faruq. Air matanya membasahi pipi. Sedih melihat
Faruq yang sedang menahan sakit di bahagian perut.

"Jika aku mati, aku akan sentiasa mencintaimu.." Zainab menangis di
situ. Orang ramai mengangkat Faruq lalu membawa Faruq ke hospital.
Zainab hanya memandang dari jauh. Mahu saja dia ikut Faruq ke hospital.
Namun, dia tidak berdaya.

"Aku juga akan sentiasa mencintaimu, Faruq....’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience