BAB 11

Romance Completed 9001

Petang itu, Firdaus menemani Faruq untuk berjumpa dengan Zainab. Tempat
biasa di kedai buku. Tak sangka Zainab bekerja di situ.

Faruq berdiri di hadapan kedai buku itu. Matanya melilau mencari susuk
tubuh Zainab.

"Zainab.. Ada orang mahu ketemu sama kamu dong.. " Hayati, sahabat kerja
Zainab ternampak Faruq yang mrmandang ke arah sini. Zainab mengerutkan
dahi. Dia memalingkan wajahnya. Kelihatan Faruq tersenyum memandangnya.
Zainab kembali memandang Hayati yang sudah tersenyum-senyum memandangnya.

"Awak jaga kedai ya, Hayati..saya nak ke sana sekejap" kata Zainab.
Hayati mengangguk. Sudah lama dia bekerja dengan Zainab. Pada
pandangannya, gadis itu agak pemalu orangnya. Namun, sentiasa
lemah-lembut.

"Setelah beberapa tahun awak menghilang, Zainab. Awak meninggalkan surat
kepada saya. Akhirnya, Allah pertemukan kita di sini" kata Faruq. Zainab
terdiam.

"Zainab.."

"Hmm?"

"Masih ada ke rasa cinta awak kepada saya?"

Zainab jadi sebak. Hatinya dipaut kesedihan tatkala mendengar kata-kata
Faruq. Dia teringat akan ibunya. Kata-kata ibunya yang membuatkan
dirinya kecewa.

"Kamu jangan jumpa lagi dengan Faruq... Ibu tak izinkan, dan kalau kamu
terjumpa dia dekat sini, cakap yang kau tak mahu berjumpa dengan dia
lagi, faham?!"

"Tapi ibu.. Zainab cintakan dia... Dia soleh, ibu.." rintih Zainab. Air
mata membasahi pipi. +

"Jangan! Jangan kamu suka lagi dengan budak tu.. Apa yang dia ada
Zainab? Boleh ke dia bahagiakan kamu, Nab?"

"Lelaki yang soleh akan bawa Zainab ke syurga, bu.. Dia lah yang boleh
bawa Zainab ke syurga dan di situlah kami akan bahagia"

"Tidak! Walaubagaimanapun, kamu jangan cintakan dia lagi..cukup!"

"Zainab?" Faruq mematikan lamunan Zainab. Dari tadi gadis itu termenung.
Soalannya juga tidak berjawab.
"Err.. Apa yang awak tanya, Faruq?" Soal Zainab.

"Masih ada ke cinta awak pada saya?" Soalnya lagi. Zainab tertunduk.

"Tak..."

Faruq segera menoleh ke arah Zainab. Terkejut dengan jawapan itu. Dia
salah dengarkah?

"Tak, Faruq.. Sa..saya tak cintakan awak..." Dengan segera air mata
Zainab membasahi pipi. Tak disangka bahawa dia akan berkata begitu. Tak
disangka bahawa dia sudah mengecewakan lelaki yang sangat dicintainya.

Faruq yang mendengar kata Zainab terdiam. Kelu lidahnya untuk membalas
kata-kata Zainab. Hatinya bagai disiat dengan sebiji batu yang amat
tajam.

"Awak..awak tak..."

"Tak, Faruq... Saya dah tak cintakan awak.. Saya tak cintakan awak!"
Zainab mengelap air matanya. Konon mahu menunjuk bahawa dia tidak lagi
mencintai lelaki itu namun, dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.

Faruq memalingkan wajahnya daripada terus melihat wajah Zainab. Hatinya
cepat-cepat beristighfar. Dia cuba menahan sebak.

"Jadi, apa guna saya berjumpa dengan awak, Zainab?.. Apa guna saya
berada di hadapan awak sekarang, Zainab?" Kata Faruq tanpa memandang
wajah Zainab.
"Setelah bertahun, saya menunggu awak... Saya berlari mengejar awak
semasa awak pergi.. Saya menjerit nama awak dengan suara yang kuat...
Tetapi kejamnya.. Kereta awak semakin laju meninggalkan saya... " air
mata Zainab membasahi pipi. Dia sebak.

"Surat.. Surat terakhir dari awak .. Surat yang memberitahu bahawa awak
sangat mencintai saya, Zainab. Awak cakap yang awak akan terus mencintai
saya.. Rupanya, awak hanya berbohong, Zainab..." Faruq cuba tidak
mengalirkan air mata.

Zainab menggelengkan kepalanya. Dia tahu dia dalam keadaan yang
terpaksa. Namun, dia tidak sanggup mendengar Faruq yang sudah
seakan-akan membenci dirinya.

"Jadi, kerana ini.. Awak melarikan diri dari saya? Kerana ini .. Awak
sanggup membiarkan saya berlari mengejar awak sampai kaki saya sakit..."
Rintih Faruq. Zainab menangis di situ. Dia tidak bermaksud begitu.

Faruq memandang Zainab yang sudah menangis. Hatinya sakit namun dia
tidak sanggup melihat gadis itu menangis.

"Sa...saya ada...sebabnya, Faruq.." Faruq menggelengkan kepalanya. Dia
tidak percaya dengan semua ini. Air matanya mengalir perlahan. +

"Sebab apa, Nab? Awak nak nikah? Nikahlah dengan pilihan
ibumu.." Zainab memandang Faruq. Ya Allah...

"Rasanya dah tak ada apa lagi saya di sini.. Terima kasih kerana sudi
berjumpa dengan saya, Zainab.....assalammualaikum" Faruq menarik nafas
lalu beredar dari situ. Lagi lama di situ lagi dia akan sebak. Dia harus
jadi kuat. Jangan kerana seorang perempuan dia menjadi lemah.

Zainab terduduk. Dia menangis teresak-esak di situ. Hatinya sedih
melihat Faruq pergi. Mahu saja dia menahan Faruq lalu menceritakan
tentang perkara yang sebenar.

"Dan lagi satu, saya tahu saya miskin.. Saya tak layak bersama awak"
kata Faruq sebentar tadi. Zainab menangis lagi. Apa dugaan yang Allah
berikan kepadanya?
Faruq,
Tahukah kau, sepertimu aku juga sangat mencintaimu dan takkan berhenti.
Kau sudah tersalah erti. Tapi, jika ini takdir untuk kita.
Redhalah dengan ketentuannya.
Maafkan aku yang mencipta dinding dan menanam benih bencimu terhadapku. Sungguh sebenarnhya aku tidak berdaya. Jika saja kau dapat membaca segala apa yang ku fikir dan melihat segala gejolak rasa yang menghempas dadaku. Mungkin kau dan aku takkan berpisah sebegini rupa.
Demi Allah, aku mencintaimu Faruq…

Dan sekali lagi, kepalanya terasa berat. Dengan keadaan yang lemah dia
kembali ke kedai buku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience