BAB 14

Romance Completed 9001

Firdaus sebak melihat sahabatnya yang tidak menyedarkan diri. Firdaus
memandang pula perut Faruq yang dibalut itu. Dia tahu Faruq sedang
menahan kesakitan. Macam-macam dugaan yang Allah beri kepada sahabatnya
itu.
Firdaus memegang erat tangan Faruq. Firdaus diberitahu oleh doktor
bahawa Faruq sedang koma. Batu yang tertusuk pada perutnya sangat dalam.
Faruq juga hampir maut dengan kejadian itu. Namun, Allah masih memberi
dia peluang untuk terua hidup. Rupanya yang melanggarnya adalah seorang
perompak yang meloloskan diri dari polis.

Melihat Faruq yang terlantar dan tidak menyedarkan diri, Firdaus hendak
membuat solat sunat. Dia mahu berdoa agar Faruq selamat dan sembuh.

Zainan menangis pada malam itu. Bagaimana keadaan Faruq ketika ini? Dia
takut sekiranya ditakdirkan Faruq sudah tiada, dia akan menyesal dengan
tindakannya dulu. Zainab mahu ibunya tahu tentang perkara ini. Dia
bertekad untuk memberitahu ibunya. Dia berdoa agar ibunya memberi
peluang kepadanya.

"Ibu..." rintih Zainab dengan air mata yang berlinangan. Mak Ea yang
terkejut melihat anaknya itu terus mendapatkan anaknya.

"Ya Allah, kenapa ni?" Mak Ea memeluk anak gadisnya itu.

"Zainab mahu berjumpa dengan Faruq...." Mak Ea terdiam. Melihat Zainab
yang sedang mengalirkan air mata membuatkan dirinya rasa bersalah.
Kepala Zainab tiba-tiba terasa pening. Dadanya menjadi sesak. Nafasnya
termengah-mengah.

"Ibu...." Zainab merintih memanggil ibunya. Kepalanya bertambah pening.
Matanya kelihatan kabur. Ya Allah...
Zainab akhirnya rebah di pangkuan ibunya.

Mak Ea menjerit lalu menepuk lembut pipi Zainab. Dia memanggil suaminya
agar segera membawa Zainab ke hospital. Sakit apa yang Zainab cuba
sembunyikan darinya?

Zainab segera dibawa ke hospital. Mak Ea ketika itu hanya berdoa. Entah
sakit apa anaknya sampai pengsan begitu sekali. Mak Ea duduk di atas
kerusi bersama suaminya. Suaminya cuba menenangkan hati isterinya. Dia
juga risau akan anaknya itu. +

Mak Ea tersungkur lalu menangis teresak-esak. Kata-kata doktor tadi
benar-benar membuatkan dirinya hampir pitam. Sebelum ini tidak pula anak
gadisnya itu sakit.

Apabila mendengar penyakit barah otak yang dihadapi anaknya, hatinya
rapuh. Dia benar-benar tidak menyangka tentang itu. Mak Ea dipeluk erat
oleh suaminya. Cuba menenangkan hati isterinya.

Firdaus terbangun dari sisi Faruq. Dia terbangun apabila terdengar ada
orang di sebalik langsir pada katil Faruq. Pasti ada pesakit yang baru
dimasukkan. Firdaus cuba untuk meninjau namun, jururawat cepat menutup
langsir. Niat Firdaus terbantut. Dia memandang pula Faruq yang masih
terkaku itu. Masih dengan keadaan yang tidak sedar.

Mak Ea memandang wajah anak gadisnya. Sebak tak terkata apabila
wayar-wayar yang melekat pada tangan dan badan. Dia mengusap lembut dahi
Zainab yang tidak sedar.

Di sebelah langsir pula, Firdaus sedang mengalunkan ayat suci yassin.
Tanpa menghiraukan orang yang berada di sebelah langsir itu, dia
kuatkan sedikit bacaannya. Kedengaran suara yang sedang menangis itu,
Firdaus cuba merendahkan suara bacaannya. Entah siapa yang sedang
menangis pada malam ini. +

Selesai membaca yassin, Firdaus meletakkan buku yassin pada meja kecil.
Matanya sudah bengkak. Dia harus kembali ke pusatnya. Belajar tetap
belajar. Esok dia akan ziarah Faruq lagi. Firdaus sudah berpesan dengan
doktor jika ada apa-apa yang berlaku, telefon saja dia. Hanya dia
keluarga Faruq di sini.

Suasana sunyi pada malam itu. Faruq yang masih kaku dan Zainab juga
begitu. Mereka ditempatkan bersebelahan. Langsir yang menghalang katil
mereka. Mak Ea juga sudah pulang dengan suami.

Keadaan masih sunyi. Tiba-tiba, jari Zainab bergerak. Bergerak beberapa
kali jarinya itu. Mata Zainab masih tertutup walaupun bergerak-gerak
bebola matanya.

"Faruq.... Faruq..."

Zainab bersuara. Memanggil nama lelaki yang masih dicintainya. Tangan
Zainab bergerak lagi. Dalam keadaan yang separuh sedar itu, tangan
Zainab bergerak ke sebelah langsir. Tangannya perlahan-lahan ingin
memegang langsir. Bebola mata gadis itu bergerak-gerak. Masih seperti
tadi.

"Faruq...."

Zainab memanggil nama itu. Suara yang agak serak-serak itu membuatkan
jari Faruq bergerak. Berkerut-kerut dahi lelaki itu. Dahinya juga
berpeluh. Jarinya masih lagi bergerak.

"Faruq..."

Pagi itu, Firdaus bergegas ke hospital. Dia mengemas semua buku dan
barang lalu membawa diri ke hospital. Hatinya berdebar-debar. Rasa
syukur juga ada dan rasa takut juga ada. Kata doktor semasa menelefon
lelaki itu membuatkan dia bergegas ke hospital. Entah berita baik atau
berita buruk.

"Doktor.. Macam mana keadaan Faruq sekarang?" Firdaus memegang lengan
doktor minta untuk dijelaskan.

"Malam tadi, jarinya bergerak-gerak.. Kami dapat tahu puncanya kerana
suara pesakit di sebelahnya.. " Firdaus mengerut dahinya.

"Pesakit di sebelahnya? Siapa, doktor?"

"Maaf, saya lagi banyak kerja yang harus saya lakukan, apa kata bapak
periksa aja" Doktor itu beredar meninggalkan Firdaus yang terkebil-kebil
memandangnya.

Firdaus segera ke kamar pesakit. Dia mahu lihat sendiri siapa yang
membuatkan Faruq menggerakkan jari. Firdaus berdiri kaku tatkala melihat
tubuh yang sedang elok terbaring di atas katil. Pesakit itu adalah...
Firdaus tergamam. Sungguh, dia tidak percaya. Ya Allah..

Malam itu, Firdaus keresahan. Dia memandang Faruq yang masih tidak
menyedarkan diri. Ya Allah, kuat benar jodoh mereka, kuat benar cinta
mereka, ya Allah.. Firdaus menggenggam tangan Faruq. Sejuk saja tangan
itu. Dia menolej ke arah langsir Zainab. Gadis itu juga tidak
menyedarkan diri. Sakit apa gadis itu?

"Za..zai..zai..zainab.."

Firdaus terkejut. Dia merenung wajah sahabatnya itu. Dia menepuk-nepuk
wajah Faruq agar Faruq dapat menyedarkan diri.

"Faruq?" Firdaus menoleh pula ke arah langsir. Pasti orang tua Zainab
ada di sebelah memandang dia terdengar bunyi hentakan kaki. Faruq
membuka matanya dengan perlahan.

"Ya Allah, Faruq!" Firdaus memegang tangan sahabatnya itu. Gembiranya
dia melihat Faruq yang sudah menyedarkan diri.

"Zai..zainab..ma...mana..Fir" suaranya kedengaran samar-samar. Firdaus
terdiam. Walhal orang yang ditanya Faruq juga pesakit di sini. Malah,
turut ada di sebelahnya sahaja.

Mak Ea menangis di sebelah anak gadisnya. Bangunlah nak..
Ayah Zainab hanya memandang sayu. Sedih melihat isterinya yang dari tadi
menangis.

"Far...faruq.." Mak Ea serta-merta memandang Zainab.

"Zainab?"

"Far..faruq.."

Mak Ea mengusap kepala anaknya itu. Ya Allah! Anaknya sudah sedar.

Dengan perlahan, Zainab memegang tangan uminya. Mak Ea mendekatkan
wajahnya. Mungkin anak gadisnya itu ingin berkata sesuatu.

"Faruq...ma..mana.. " Mak Ea terdiam. Dia menoleh pula ke arah suaminya.
Suaminya hanya mengangguk.

"Doktor! Kawan saya sudah sedar!" Mak Ea menolej ke arah suara itu. Dia
tergamam apabila melihat susuk tubuh yang amat dikenali. Firdaus?

Doktor Azam segera melihat keadaan Faruq.

"Doktor, anak saya juga sudah sedar!" Mak Ea tergamam. Dia melihat susuk
tubuh yang terbaring di atas katil.

"Faruq?"

Doktor menarik langsir yang memisahkan dua hati itu. Faruq menoleh ke
arah sisinya. Matanya berlinangan tatkala melihat seorang gadis yang
amat dicintainya. Gadis yang menjadi permata hatinya.

Zainab menoleh ke arah katil sebelah. Matanya tertacap pada seorang
lelaki yang redup wajahnya. Tiba-tiba, air matanya mengalir.

Mak Ea tergamam begitu juga suaminya. Firdaus juga sebak melihat dua
insan itu.

"Zainab..."

"Faruq..."

Firdaus menahan doktor yang ingin merawat Faruq. Dia membuat isyarat
mata agar membiarkan dua insan itu bersua muka. Doktor Azam menurut.

"Faruq... Maafkan saya.. " Zainab menangis teresak-esak.

"Awak tak salah apa-apa... Saya yang salah..." Zainan sebak apabila
melihat balutan pada perut Faruq. +

"Nab... "

"Ya awak..."

"Ma..masih a..ada rasa cin..cinta awak pa..pada saya?" +

Serta-merta air mata Zainab gugur lagi. Ya Allah... Zainab menahan
sebak. Air matanya diseka. Mak Ea sebak melihat kedua-dua anak itu. Dia
rasa bersalah pada Faruq. Mak Ea dipeluk oleh suaminya.

Firdaus mengelap air matanya. Dia dapat rasa bahawa ini kali terakhir
mereka berdua hidup di atas muka bumi ini. Firdaus menggelengkan kepala.
Dia cuba untuk menidakkannya. Tidak sanggup dia untuk kehilangan sahabat
yang banyak membantunya.

"Nab...?" Panggil Faruq. Dia masih menanti jawapan dari Zainab. Zainab
mengalirkan air mata.

"Saya cin..cintakan a..awak, Faruq..." Katanya lalu mengangguk-angguk.
Faruq mengalirkan air mata sambil tersenyum. Jawapan itu cukup jelas
kedengaran. Dia amat berpuas hati.

"Terima kasih, Nab..." Faruq mengelap air matanya sekali lagi.
"Jika saya mati, janganlah awak bersedih... Carilah kebahagiaan awak,
Nab.." Zainab menggelengkan kepala. Air matanya tidak henti-henti
mengalir.

Tiba-tiba, kedua-dua insan itu sesak nafas. Mak Ea segera menghampiri
anaknya. Firdaus segera mendapatkan sahabatnya.
"Mengucap, Far.. Mengucap..." Firdaus menggenggam tangan Faruq. Air
matanya mengalir perlahan.

"Mengucap Zainab... Mengucap nak!" Mak Ea mengusap-usap kepalanya.

AsyhaduAllahillahhaillallah…

Wa'asyhaduannamuhammadur rasulullah.." Zainan dan Faruq
mengucap dua kalimah syahadah dengan serentak. Zainan dan Faruq
melafazkannya buat kali terakhir. Akhirnya mereka menghembuskan nafas
terakhir bersama-sama.

"Innalillah wa inna illahi roji'un.." Firdaus memeluk erat sahabatnya
itu.

"Zainab!!" Mak Ea memeluk erat Zainab yang sudah tiada itu. Hatinya
benar-benar terkesan dengan pemergian anak gadisnya.

Masing-masing menangis atas pemergian dua hati yang setia dengan cinta
Ilahi. Pengorbanan cinta mereka hanya berharap pada cinta Ilahi. Dan
pengakhiran mereka hanya dengan kalimah suci itu.

Jika dunia tidak mengizinkan untuk kita bersama, maka biarlah di alam sana kita bertemu dan Allah menjadi saksi cinta kita. Semoga di syurga menjadi destinasi terakhir kita berdua bersama cinta dan redha Allah SWT.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience