BAB 10

Romance Completed 9001

Faruq dan Firdaus segera masuk ke kelas. Mereka agak terlewat sedikit
pagi itu. Atas kelewatan itu, mereka memohon maaf kepada guru agama
mereka, Ustaz Hafiz.

Pengajian agama diteruskan. Faruq memberikan sepenuh perhatian. Dia
memang hendak belajar agama. Sudah menjadi rutin hariannya apabila
belajar agama.

"Faruq, lepas habis kelas.. Aku ingat nak ajak kau beli buku sikit"
Firdaus membisik. Faruq yang sedari tadi khusyuk memberikan tumpuan
terus menoleh kepada sahabatnya.

Faruq mengangguk laju. Dia juga mahu membeli buku rujukan agama. Sudah
masanya untuk mentelaah lebih lagi. Dia berharap duitnya cukup untuk
membeli buku.

Faruq dan Firdaus berjalan mencari kedai buku. Waktu petang di kota ini
memang sesak. Kenderaan dan orang ramai turut membanjiri kota ini.
Mereka segera mencari kedai buku yang telah dicadangkan oleh sahabat
mereka, Amin.

"Faruq, sini sini!" Firdaus menarik tangan sahabatnya dengan pantas lalu
terus memasuki kedai buku yang dicari.

Kelihatan pelbagai jenis buku agama yang disediakan di sudut yang cantik
terletak. Faruq menjadi rambang mata. Belum pernah dia melihat buku
agama yang sebanyak ini.

"Ya, cari buku apa?" Seseorang menegurnya dari arah belakang.

"Ya, saya nak cari buku...." Faruq tergamam apabila badannya pusing ke
arah suara yang menegurnya. Lidahnya menjadi kelu tatkala melihat wajah
yang sangat-sangat dirinduinya. Wajah yang tidak berubah dengan sifat
lemah lembutnya. Mata yang sentiasa redup.

Serta-merta air mata Zainab membasahi pipi. Dia tidak menyangka sama
sekali dapat berjumpa dengan orang yang sangat dirinduinya. Wajahnya
yang tenang bak laut di waktu pagi. Wajah itu yang dirinduinya. Faruq...
rintih hatinya menahan sedu di dada.

Faruq menjadi sebak melihat air mata yang mengalir perlahan. Hendak
diusap tetapi haram di sisi agama. Dia hanya mampu melihat.

"Faruq, kau dah jumpa...." Firdaus menyaksikan dua hati yang sedang
menatap satu sama lain. Dia memandang Zainab yang mengalirkan air mata.
Dia tidak mahu menganggu lantas beredar dari situ.

"Zainab...." Rintih Faruq dengan suara yang agak perlahan. Air mata
Zainab laju membasahi pipi. Sedihnya hati tatkala mendengar suara yang
meminta untuk disimpati. Setelah beberapa tahun meninggalkan lelaki ini,
akhirnya berjumpa dengan tidak disangkanya.

Faruq mengelap air matanya. Rindunya dia terhadap gadis itu hanya Allah
saja yang tahu.

"A..awa..awak sihat, Zainab?" Soalnya tergagap-gagap. Bertahun dia tidak
berjumpa, bertahun dia tidak bertanyakan khabar, Faruq gembira.

Zainab mengangguk perlahan. Sebak. Dia tidak mampu menahan sebak. Dia
berpusing. Dia tidak sanggup menatap wajah itu. Hatinya sedih. Zainab
mengelap air matanya. Dia menoleh semula ke arah Faruq. +

"Nak cari buku apa?" Soal Zainab. Dia tidak mahu kesedihannya dapat
dikesan lelaki itu. Lelaki itu pasti ingat bahawa dia gembira dapat
berjumpa. Tetapi, hanya Allah saja yang tahu hatinya bagaimana.

"Saya nak cari buku agama penulisnya Hamka" kata Faruq. Dia cuba
berlagak biasa. Sedangkan dalam hatinya berdegup kencang. Gembiranya dia
dapat berjumpa dengan Zainab.

"Zainab, boleh kita berjumpa esok?" soal Faruq. Sejak dari tadi gadis
itu mendiamkan diri. Entah kenapa wajahnya muram. Zainab berfikir
berulang kali. Hendak menolak, hatinya juga kecewa. Dia mengangguk
perlahan.

Malam yang hening itu, Faruq duduk di atas sejadah. Memohon keampunan
dan bersyukur atas nikmat kurniaanNya. Air mata membasahi pipinya.
Gembiranya dia dapat melihat wajah itu. Wajah itu masih lembut seperti
dulu.

Allah pertemukan mereka semula. Faruq tahu ini semua perancangan Allah.
Sekali lagi dia mengucapkan syukur. Tidak menyangka bahawa mereka dapat
berjumpa di Indonesia. Siapa yang dapat jangka begitu? Faruq mengalihkan
muka kepada Firdaus yang lena dibuai mimpi. Dia tersenyum tatkala
melihat wajah seri Firdaus. Sahabat dunia akhiratnya yang selalu
membantu ketika dia dalam kesusahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience