BAB 9

Romance Completed 9001

Faruq… Faruq…

Matanya terbuka. Dahinya berpeluh. Astagfirrullah... Faruq menekup
wajahnya. Kenapa suara itu seperti sedang memanggilnya. Suara yang
sangat dirinduinya. Faruq menjeling sahabatnya yang lena membuat mimpi.

Faruq mengambil surat terakhir dari Zainab. Setiap ayat dia membaca
semula. Air mata berlinangan. Dia mengambil pula gambar arwah ayahnya.
Melihat wajah yang berkedut itu membuatkan Faruq menangis teresak-esak.

Dia bangun menuju ke bilik air. Dibuka perlahan-lahan air paip lalu
dibasahkan seluruh tubuhnya. Air matanya telah bercampur dengan air paip.

Firdaus terbangun akibat terdengar bunyi air paip. Dia menggosok matanya
lalu melihat pada jam. Pukul 3.40 pagi. Faruq mandi pagi-pagi? Firdaus
merapati pintu bilik air. Tiba-tiba, dia terdengar akan rintihan Faruq.
Hatinya turut sedih. Dia tahu Faruq menyimpan duka di dalam. Di
hadapannya dia menunjukkan wajah yang ceria tetapi di belakangnya dia
terluka. Firdaus tidak mahu menganggu Faruq. Biarlah Faruq lega dapat
melepaskan kedukaan dalam hati.

Firdaus mengelap air mata yang jatuh. Sungguh! Dia berasa sedih melihat
Faruq yang sedang merintih itu. Mahu saja dia membuka tombol pintu itu
lalu memeluk sahabatnya itu. Namun, dia tidak dapat berbuat apa. Dia
kembali ke atas katil. Cuba untuk lelapkan mata. Namun, mendengar
rintihan Faruq di dalam bilik air itu membuatkan hatinya tidak senang.
Dia menangis dalam diam.

Sabarlah wahai sahabat
Tabahlah dalam menempuh ujian
Tuhan menyayangimu, sahabat
Disebalik kedukaan ini ada keindahannya
Aku pasti kau akan mendapat kebahagiaan di akhir nanti
Kau akan tersenyum lebar.
Kesedihan kau hilang begitu saja
Percayalah pada Tuhan
Dia yang Maha Adil
Dia yang Maha Kuasa
Kau hanya perlu percaya dengan segala ketenttuannya.
Sahabat,
Jangan bersedih. Tuhan ada.
Aku ada… Lap air matamu itu, jangan biar aku turut menangis juga

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience