BAB 1

Romance Completed 9001

"Aku menantikan dirimu. Setiap hari aku meletakkan namamu dalam doaku.
Pulanglah. Aku di sini sentiasa menunggumu. Pulanglah"

Julai 1984
Suasana agak meriah di kawasan kampung. Ramai orang sibuk membuat
persiapan untuk hari esok. Zainab sibuk menolong ibunya di dapur
manakala bapanya mencari ranting di belakang rumah.

"Zainab, nanti tolong potongkan bawang ya?" Kata ibunya. Zainab
mengangguk lalu tersenyum. Dia amat gembira dengan persiapan ini.

"Zainab! Zainab!" Kedengaran suara memanggil namanya. Zainab meminta
izin ibunya untuk menjenguk sebentar.

"Ya Allah, Farah.. Ummu?" Zainab menuruni anak tangga rumahnya.

"Ada apa datang rumah?" Soal Zainab. Sahabatnya itu kelihatan teruja
akan sesuatu.

"Jom ke kampung sebelah, dengar kata, dekat sana meriah sangat malam ni"
kata Ummu. Zainab terasa teruja untuk ke kampung sebelah. Seumur
hidupnya dia tidak pernah ke kampung sebelah. Maklumlah,ibunya amat
menjaga dirinya. Namun, dia memandang ibunya. Dia takut ibunya tidak
membenarkan dirinya berkeliaran. Ibunya pantang kalau dia keluar dari
rumah ini. Risau jika ada apa-apa yang berlaku.

"Pergilah.. tapi hari ni saja ya" kata ibunya. Tidak sampai hati pula
melihat wajah anaknya yang muram itu. Biarlah hanya sekali pada hari ini.

"Tapi, jangan pulang lewat.. " kata ibunya. Hari yang gelap itu
membuatkan dia risau akan anaknya.

Zainab gembira. Dia mengucapkan terima kasih lalu mencium tangan ibunya.
Dia memandang sahabatnya lalu bersorak gembira. Farah menarik tangan
Zainab. Mereka bertiga teruja untuk melihat kampung sebelah. Meriahnya
juga seperti di kampung mereka.
"Wahh.. Cantik" Mereka bertiga menikmati suasana meriah kampung
seberang. Orang ramai yang sibuk membuat persiapan untuk esok. Malam
yang penuh dengan lampu yang berkerdipan.
"Zainab, tengok ni! Lawanya" Ummu menarik lembut tangan Zainab. Tidak
pernah Zainab menjejakkan kaki di kampung ini. Ini kali pertama dia
melihat suasana kampung seberang. Sangat meriah!

"Zainab, jom kita ke sana" ajak Farah. Zainab hanya mengikut. Matanya
melilau melihat lampu yang dipasang di setiap perumahan. Tiba-tiba, dia
terlanggar seseorang.

"Ya Allah.. " Zainab membetulkan tudung yang menutup kepalanya. Dia
memandang wajah yang melanggarnya. Tiba-tiba, air mukanya berubah. Dia
menjadi malu.

"Maaf, saya terlanggar" kata lelaki itu.

"Zainab, jom!" Panggil Farah lalu menarik tangan Zainab. Zainab yang
tidak sempat memohon maaf segera membuntuti sahabatnya.

Lelaki itu memandang dari jauh lalu tersenyum.

"Zainab..." Nama gadis itu. Dia tersenyum lagi. Siapakah Zainab itu? Dia
tidak pernah nampak gadis itu. Namun, gadis itu sangat lembut.

"Hei, Faruq! Cepat sini" Faruq segera menolong pakciknya. Fikirannya
jatuh pada wajah gadis yang bernama Zainab. Entah kenapa, hatinya suka
melihat gadis itu. Adakah dia sudah jatuh cinta pandang pertama? Faruq
menggelengkan kepala.

Pada pagi itu, Zainab dibenarkan menghantar kuih kepada sahabat ibunya
di kampung sebelah. Ibunya menyuruh Farah menemaninya.

"Cepat balik ya, Zainab. Ibu nak ke pekan petang nanti" kata ibunya.
Zainab mengangguk lalu mencium tangan ibunya. Mereka berdua sedang
menuju ke kampung sebelah. Tiba-tiba, fikiran Zainab jatuh pada wajah
lelaki yang terlanggarnya malam semalam. Arh.. Kenapa aku fikir dia ni?
Soalnya dalam hati.

Zainab tiba di perkampungan. Hatinya berdebar-debar. Takut jika bertemu
dengan lelaki itu. Zainab tidak tahu nama lelaki itu. Namun, lelaki itu
kelihatan seperti baik di pandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience