BAB 7

Romance Completed 9001

Adakalanya hidup tidak seindah yang kita bayangkan. Sebaliknya hidup penuh dengan dugaan, cabaran dan ujian.
Adakalanya sukar untuk menggapai apa yang diinginkan kerana pasti ada halangan. Ada waktunya jalan di hadapan kabur hingga membuat segala hasrat kita itu terkubur. Sukarnya hanya Tuhan saja yang tahu.

Setelah setahun...

"Faruq!"

Faruq segera menoleh. Kelihatan Firdaus berlari ke arahnya. +

"Ada apa, Fir?" soal Faruq. Dia memandang wajah Firdaus yang masih
termengah-mengah.

"Alhamdulillah, Faruq! Esok pagi kita akan lanjutkan pelajaran agama di
Sumatera, Indonesia" Firdaus tersenyum lebar. Faruq terkejut. Dia salah
dengarkah?

"Alhamdulillah..ya Allah.." Faruq memeluk sahabatnya, Firdaus. Akhirnya,
impiannya untuk sampai ke Indonesia tercapai. Berkat doanya dan arwah
ayahnya. Selama 5 tahun dia belajar agama di kampung halamannya, berkat
usahanya berbaloi. Haji Daud akhirnya memilih dia dan Firdaus untuk
melanjutkan pelajaran.

Setelah setahun Zainab tiada, dia cuba menumpukan perhatian untuk
belajar agama. Walaupun sukar untuk melupakan orang yang dicintainya
namun, Faruq cuba sedaya upaya untuk berusaha dalam pelajaran. +

Ketiadaan Zainab membuatkan dirinya menjadi kuat walaupun pernah jatuh.
Dia cuba bangkit dan fokus ke hadapan. Namun, dia tidak pernah lupa
memohon doa agar dipertemukan semula dia dan Zainab. Segala cinta dia
serahkan kepada takdir Allah.

"Malam ni kita dah boleh kemas baju.. Kau sanggup tinggalkan rumah tu?"
Soal Firdaus. Faruq terdiam. Rumah peninggalan arwah bapanya. Dia tahu
sukar untuk meninggalkan rumah dan kampung ini. Banyak jasa orang
kampung terhadap dia dan arwah ayahnya.

Malam itu, dia mengambil barang keperluannya. Firdaus kata esok pagi
lepas solat Subuh mereka harus berangkat. Jadi, Faruq mengambil masa
untuk menyiapkan barang yang patut.

Faruq memandang sekeliling rumah yang agak usang itu. Teringat akan
kenangannya terhadap arwah. Di sinilah arwahnya menghembuskan nafas
terakhir. Faruq menjadi sebak. Kini, dia seorang anak yatim.
Kehidupannya keseorangan. Namun, dia bersyukur kerana banyak sahabat
yang membantunya tika dia dalam kesusahan.

Dia membawa gambar arwah ayahnya. Biarlah dia selalu tatap gambar itu.
Matanya terpandang akan surat. Surat terakhir dari Zainab. Surat itu
masih disimpannya. Kerana surat itu mengandungi kata cinta dari Zainab.
Gadis itu mencintainya. Namun, atas halangan ibunya mereka berpindah.

Faruq tahu dia tidak layak untuk Zainab. Dia orang miskin. Anak yatim.
Air mata mengalir perlahan. Faruq mencapai surat itu. Dia menyimpan
kemas ke dalam begnya untuk dibawa bersama.

Dia akan mulakan hidupnya di Indonesia. Jauh dari Zainab. Namun, hatinya
tetap dekat dengan gadis itu. Haji Daud banyak menasihatinya agar
bersabar dengan dugaan dunia. Berjalan ke hadapan bukan bermakna
menyesal dengan masa lalu, tetapi berjalan ke hadapan adalah dengan
mengambil masa lalu itu sebagai pengajaran dan iktibar.

Faruq memandang kereta api yang akan dinaikinya. Dia akan pergi jauh.
Meninggalkan rumah usangnya, jujur dia tidak sanggup. Namun, dia cuba
bangkit dari kesedihan itu. Firdaus memandangnya lalu tersenyum. BAB 8
"Ingat, sampai sana jumpa dengan Haji Ehsan. Dia pengurus kelas agama
yang terkenal di situ" Haji Daud menyampaikan pesanan. Mereka berpelukan
tanda untuk perpisahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience