BAB 12

Romance Completed 9001

Zainab termenung memandang ke luar tingkap rumahnya. Teringat akan
perjumpaannya dengan Faruq petang tadi. Dia tahu Faruq kecewa dengannya.
Namun, apakan daya? Dirinya juga kecewa. Sebak apabila mengenangkan
kata-kata Faruq petang tadi. Dia tahu lelaki itu sangat mencintainya
namun kerana ibunya, Zainab terpaksa akur.

Perlahan-lahan air mata mengalir ke pipi. Dia cuba untuk jadi kuat namun
dia jatuh. Dia tidak kuat dengan ujian ini. Zainab menutup matanya. Dia
memohon doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan.

"Zainab.. Kenapa diam je ni?" Ibunya menyapa. Dari tadi dia memerhatikan
anak gadisnya hanya mendiamkan diri. Risau juga jika anak gadisnya itu
sakit.

Zainab dengan segera mengusap air matanya. Dia tidak mahu ibunya curiga
dan tahu bahawa dia sedang sedih. Zainab cuba mengukir senyuman. Dia
memberi ruang kepada ibunya untuk duduk di sebelahnya.

"Kenapa sayang? Dari tadi kamu diam je.. Makan malam tadi pun kamu tak
lalu..kamu sakit ke, Nab?" soal ibunya dalam kerisauan. Zainab tersenyum
kelat. Jadi, ibunya memerhatikan gelagatnya itu.

"Zainab tak apa-apa.. Okey je, ibu" balas Zainab dengan ringkas. Namun
dalam hati, dia terasa mahu menangis. +

Mak Ea hanya terdiam. Dia tahu Zainab seperti menyembunyikan sesuatu
darinya. Zainab seperti menyimpan duka dalam hatinya.
"Jangan bohong ibu, Nab.. Ibu tahu kamu dalam masalah... Kenapa? Ada
masalah dekat kedai buku?" Soal Mak Ea cuba mengambil perhatian.

Zainab menggeleng. Dia tidak mahu ibunya tahu bahawa dia berjumpa dengan
Faruq petang tadi. Pasti ibunya akan marah.

Mak Ea hanya mendiamkan diri. Sejak mereka sekeluarga pindah ke sini,
dia tidak pernah melihat Zainab yang ceria dulu. Wajahnya yang sentiasa
gembira itu tiada. Kini, Zainab lebih banyak mengurungkan diri dalam
bilik. Makan juga tidak. Entah apa yang menganggu fikiran anaknya itu.

Tiba-tiba dia teringat akan lelaki yang membuatkan Zainab jatuh cinta.
Lelaki yang miskin hartanya. Namun, Mak Ea akui lelaki itu mempunyai
satu aura yang membuatkan dirinya begitu suka melihat anak muda itu. Dia
tahu Zainab sedih dan kecewa dengan tindakannya yang mahu berpindah.

Mak Ea bangun untuk keluar dari bilik Zainab. Dia tidak mahu menganggu
Zainab.

"Ketika Allah pertemukan dua hati, ketika itulah cinta memanggil.. "

Mak Ea terhenti. Kata-kata itu membuatkan dirinya menoleh ke arah
Zainab. Hatinya jadi sebak. Melihat Zainab yang seperti orang sakit itu
cukup membuatkan hatinya tersentuh. Adakah aku penghalang cinta mereka
yang telah ditetapkan oleh Tuhan?

Mak Ea melangkah perlahan keluar dari bilik. Zainab menutup matanya. Air
mata mengalir dengan perlahan.

Faruq mengemas bukunya. Selesai kuliah pada petang itu, dia mahu keluar
sebentar. Firdaus jadi kasihan melihat Faruq. Sejak Zainab menolaknya,
dia jadi muram.

"Fir, aku nak keluar sekejap petang ni, kalau jadual kelas bertukar,
beritahu aku ya" Firdaus hanya mengangguk. Dia tidak mahu menganggu
Faruq. Biarlah Faruq menenangkan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience