BAB 5

Romance Completed 9001

Aku meminta hujan,
Lalu DIA berikan aku pelangi nan indah.
Aku meminta pasir, diberikanNYA lautan yang luas terbentang.
Aku minta untuk keseorangan, DIA hadiahkan pula seorang teman dikala aku memerlukan.
Aku meminta sebuah persahabatan, namun DIA anugerahkan pula dengan sebuah cinta.

Ya Allah... Zainab terkejut dengan puitis dari Faruq. Dia amat memahami
apa yang disampaikan oleh Faruq. Tangannya berasa sejuk. Hatinya
berdebar-debar. Dia terus berlari ke biliknya. Pen dicapai, kertas putih
diambil. Dia tekad untuk membalas surat dari Faruq. Dia mahu mencoret
sesuatu.

"Zainab?" Tangannya terhenti. Dia menoleh ke arah ibunya.

"Temankan ibu ke pasar, ibu nak beli barang" kata ibunya. Hubungannya
dengan ibu semakin pulih. Sejak pergaduhannya dengan ibu tentang Faruq,
mereka menjadi renggang. Cakap juga sepatah. Namun, ibunya tidak mahu
bergaduh. Dia sayang akan anak perempuannya itu.

Zainab terdiam. Pasar? Hmm.. Situ sajalah tempat yang dia boleh keluar
dari rumah. Orang-orang pasar pun sudah mengenalinya. Zainab terpaksa
bersetuju. Dia menyimpan surat untuk diberikan kepada Faruq.

Mak Ei memegang erat tangan anaknya. Zainab satu-satunya anak yang dia
ada. Dia amat menyayangi Zainab sehingga tidak mahu sesiapa lelaki yang
ingin mendekatinya.

"Zainab, disana ada sayur sawi.. Tolong ibu belikan, ibu nak beli ikan
di kedai Pak Hamid" kata Mak Ei. Zainab hanya menurut. Dia tidak mahu
membantah. Hanya sekadar beli sayur apalah sangat. Dia mahu segera
pulang supaya mudah untuk dia menulis surat untuk Faruq.

"Assalammualaikum, Mak Seri.. Berikan saya sayur sawi" +

"Waalaikummussalam, ehh Zainab. Boleh boleh.. tunggu sekejap ya" Zainab
mengangguk.

"Assalammualaikum" Zainab segera menoleh. Air mukanya berubah. Faruq....
bisik hatinya.

"Waalaikummussalam.. Awak buat apa dekat sini?" soal Zainab. Faruq
tersenyum memandangnya.

"Saya nak ke kelas agama" kata Faruq. Zainab mengangguk lalu tersenyum.
Ya Allah.. Apakah perasaan ini?

"Zainab?" Zainab terus menoleh dengan teguran ibunya. Mukanya pucat.
Takut dimarahi ibunya.

"Ibu... Err.. Ni Faruq. " Mak Ei memandang wajah Faruq. Faruq menunduk
tanda hormat. Mak Ei merenung Faruq.

"Ini Faruq yang kamu ceritakan, Zainab?" Tegas. Zainab menunduk. Dia
takut dengan renungan ibunya. Dia mengangguk perlahan-lahan.

"Jadi, kamu Faruq? Kamu yang berkawan dengan anak mak cik?" Zainab
menunduk. Dahinya berpeluh. Dia menjeling Faruq. Wajah itu kelihatan
tenang.

"Ya saya, saya minta maaf jika kehadiran saya tidak disenangi mak cik..
Saya minta diri dulu kerana saya dah lambat untuk ke kelas agama dengan
Haji Daud, assalammualaikum mak cik, Zainab" Faruq meminta diri untuk
beredar dari situ. Dia sudah lambat untuk ke kelas.

Zainab hanya memandang dari jauh. Hatinya terusik dengan sikap ibunya.
Pasti Faruq tidak senang dengan ibunya.

"Zainab, mari pulang" Mak Ei segera menarik tangan anak perempuannya.
Zainab terpaksa menurut. Namun, hatinya meronta-ronta untuk melepaskan.
Tetapi apakan daya, itu ibunya. Dia tidak patut membantah.

"Yaasiin.. Walqurannul hakim.. Innakalaminal mustaqim.." malam yang
syahdu itu, Zainab mengalunkan ayat suci surah Yaasiin. Hatinya tenang
dan terasa nyaman pada malam itu. Walaupun ditambah dengan gangguan
sakit kepalanya tetapi bacaan surah itu tetap diteruskan. Moga-moga,
dirinya cepat sembuh.

Faruq memandang langit. Sejak arwah ayahnya tiada, dia kesunyian. Namun,
dia cuba untuk menerima takdir. Dia tahu Allah amat menyayangi ayahnya.
Dia juga harus tabah. Tabah dengan dugaan dunia. Matanya memandang ke
arah langit. Langit yang luas terbentang di atas bumi. Sejujurnya, dia
menantikan surat dari Zainab. Marahkah gadis itu dengan surat itu? Faruq
meluahkan isi hatinya melalui kata puitis. Kata yang tersirat. Namun dia
pasti, Zainab pasti mengerti.

Zainab, aku menyebut namamu dalam setiap doaku. Kau ibarat cahaya yang menerangi hari gelapku. Jika engkay bukan cintaku maka aku anggap kau cuma ujian Tuhan terhadapku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience