BAB 5

Romance Completed 5596

“Nak ice mocha dua” Jawab Stella.

“Eh! Aku tak haus” Erniza segera menjawab.

“Apa salahnya adik. Adik pun tentu dahaga. Kan panas ni. Muka adik pun

dah merah macam air tembikai ni” Abang penjual air batu itu tersengih

memandang Erniza yang serba salah.

“Tak per..aku belanja kau hari ini” Stella menyambung.

“Eh takpe, toksah nak gaduh-gaduh, Hari ini biar abang belanja kamu berdua sebab ini hari pertama abang berniaga kat sini, kiranya pembuka rezeki sekaligus sedekah kan?”

Stella dan Erniza berpandangan sesama sendiri. Langkah kanan nampak! Tidak sangka akan dapat air minum percuma. Akhirnya mereka tertawa. Hazif turut ketawa gembira.. Tapi matanya tak lepas memandang wajah Erniza yang begitu sempurna di matanya. Ketika di lapangan terbang dulu, dia hanya dapat memerhati dar jauh dan sekejap cuma dan peluang yang terbuka di depan mata kali ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Perfect 10!

“Terima kasih, bang, Semoga murah rezeki ya” ujar Erniza tersenyum sambil meletakkan gelas yang sudah kosong. Puas hatinya dapat juga tekak yang kering basah dek air kopi sedap percuma daripada abang peniaga ni.

“Kalau tak kisah, siapa nama adik berdua ni?” Soal Hazif.

“Saya Erni dan ini Stella,” Erniza memperkenalkan diri. Kini dia sudah mulai ringan mulut, tidak berdiam diri seperti mula-mula tadi. Keramahan abang penjual air batu itu

mengembalikan keceriaannya.

” Nama abang, Hazif !” Hazif memperkenalkan dirinya. Setelah itu,

matanya menyoroti langkah Erniza dan Stella sehingga kelibat mereka

berdua hilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience