BAB 10

Romance Completed 5596

Sejak kebelakangan ini, Erniza semakin asyik dengan komputernya.

Semantelah pula SPM sudah selesai dijalani. Tidak banyak perkara yang boleh

dilakukan. Ayahnya menegah Erniza daripada bekerja sambilan kerana bimbang dirinya lupa diri apabila sudah memegang duit sendiri. Erniza banyak

menghabiskan masa di rumah dengan menyiapkan novel serta cerpen-cerpen

yang tertangguh semasa peperiksaan SPM dahulu. Kalau berdepan dengan kekangan idea, dia banyak menghabiskan masa membuka peti emelnya, kerana ada sesuatu yang memberinya semangat untuk memeriksa peti masuk emelnya setiap hari.

Alkisahnya begini, sebelum dia menduduki peperiksaan SPM dulu, dia ada menerima kiriman

email dari seseorang yang hanya dikenali dengan nama HELO. Erniza sendiri

tidak mengenali empunya nama yang pelik itu. Menurut email tersebut menyatakan dia

mendapat email Erniza semasa sedang bersembang di ruang chat di alam maya. Entahlah! Erniza sendiri

tidak pasti. Memang adakalanya dia ada memberi alamat emailnya kepada

teman-teman sibernya. Itu lebih baik dari memberi nombor telefon. Pada

mulanya Erniza malas hendak melayan email HELO tetapi timbul perasaan

kasihan apabila dia mendapati saban hari lelaki itu memintanya menjalinkan hubungan persahabatan. Lelaki itu banyak mengajarnya berfikir akan sesuatu

perkara yang terjadi dalam diri setiap manusia. Erniza juga senang

meluahkan rasa dan pendapatnya kerana dia tidak perlu berhadapan dengan

lelaki itu. Entahlah!! Dalam tempoh beberapa bulan itu, dia mula

merasakan keistimewaan pada lelaki maya itu. Dia sendiri bingung dengan

prinsipnya agar tidak mempercayai teman-teman siber kerana pelbagai

perkara telah didengarnya mengenai teman tanpa wajah dan suara itu. Di sebalik yang tersirat pasti ada yang tersurat, dia faham akan hakikat itu, namun kali ini dia merasa selesa secara total!

Meskipun Hazif jauh, hubungannya dengan Erniza masih lagi berjalan

dengan baik. Hazif seringkali menghubunginya. Erniza suka melayan

panggilan lelaki itu, masih sama seperti dahulu layanan mereka berdua. Ada sahaja benda yang mengusik tawa Erninza.

Erniza tidak dapat menafikan rasa suka terhadap lelaki itu tetapi

sebagai perempuan, masakan dia rela menjatuhkan maruahnya dengan

mengakui perasaan itu kepada Abang Hazif. Tetapi dengan HELO juga dia

turut dibuai perasaannya sendiri. Dia keliru sebenarnya memilih antara dua.Tapi dia tidak menghiraukan kerana

hakikat sebenarnya tentang HELO masih samar-samar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience