BAB 13

Romance Completed 5596

“HELO. Hazif Edruce Lo Othman,”,” tutur Hazif.

Erniza melepaskan keluhan bersama mulut yang terngaga bagai tak percaya. Apa ni? Masakan dalam beberapa minit ini, banyak sungguh kejutan

yang didengarnya. Tak disangkanya HELO adalah Abang Hazif. Anak Tuan Lo Othman yang pernah menjadi penghuni Kg Jentayu suatu ketika dahulu.

“Sepertimana HELO dan Hazif Edruce Lo Othman adalah insan yang sama,

Jelaslah bahawa seorang insan itu punya hati dan perasaan yang sama meski nama berbeza kan? Apa adik faham maksud abang ni?” tanya Hazif dan saat itu terpamer keikhlasan dalam tutur bicara

Hazif. Erniza terkesima. Mustahil! Desis hati kecil Erniza.

“Erni tak tahu, Erni masih shock..”Luah Erniza lemah. Dia masih lagi keliru dan bingung.

“Adik, Abang tak minta jawapan sekarang. Abang tahu, Adik marah pada Abang kerana buat adik keliru.

Tapi Adik harus faham apabila cinta itu ikhlas, dia sanggup buat

apa saja demi cintanya. Ambillah selama mana masa yang Adik mahu, kerana

abang juga mengambil masa yang lama untuk menanam cinta ini, ” Erniza

tergamam namun lidahnya kelu berkata-kata. Cuma matanya saja menghantar langkah Hazif yang

meninggalkannya dengan satu persoalan yang memerlukan jawapan cepat atau lambat, jawapan harus diberikan padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience