BAB 2

Romance Completed 5596

“What a pretty face!” Bisik hati lelaki Hazif.

Bayangan wajah gadis itu masih bermain-main di mindanya sehinggalah pesawat yang dinaikinya berlepas.

Entah kenapa wajah itu agak familiar. Dua butir tahi lalat yang berada di hidung dan di pipi kanannya itu serasa pernah singgah di dalam kehidupannya kerana baginya jarang ada yang memiliki tahi lalat kombo di bagaian wajah yang menjadi titik tengah wajah seseorang.

Hazif memaksa fikirannya cuba mengingat semula detik-detik di mana

wajah itu pernah hadir dalam hidupnya. Rasa-rasanya di Kg. Jentayu yang

pernah ditinggalkan selama hampir sedekad lalu tak silap perkiraannya. Ketika itu umurnya 13

tahun. Keluarganya menetap di Kg Jentayu sejak enam tahun sebelumnya lagi.

“Kuih! Kuih!” Hazif memanggil budak perempuan yang bertocang dua dan berambut pendek rata di bahaian hadapan. Dia memilih beberapa jenis kuih yang dibelinya, budak itu melangkah pergi. Namun entah macam mana, budak perempuan itu tersadung batu lalu terjatuh. Hazif segera mendapatkan budak itu. Budak itu bingkas bangun dan cuba menyelamatkan kuih-muihnya tadi yang sudah terjatuh di lantai.

“Eh Adik tak apa-apa?” tanya Hazif. Budak itu cuba berjalan biasa untuk

mendapatkan bakul kuihnya. Tapi kakinya berjalan terhencut-hencut. Tak lama kemudian Hazif dapat melihat darah merah pada kain baju kurung budak itu di bahagian lututnya yang tercalar sedikit, darah mengalir deras menampakkan isi kulitnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience