BAB 6

Romance Completed 5596

Sah! Dialah gadisku! Desis hati kecil Hazif.

Hari bersilih ganti, perhubungannya dengan Erniza dan juga Stella semakin

akrab. Saban hari, pasti Erniza dan Stella singgah berbual ke warung

kecilnya setelah selesai kelas tambahan untuk peperiksaan SPM yang bakal menjelang tiba. Dan dari situ juga dia

semakin dapat mengenali Erniza.Rupanya Gadis itu matang dalam setiap

percakapannya. Dia juga punya bakat dalam bidang penulisan yang itu buat Hazif lagii semakin angau. Dia memang tertarik pada gadis yang bijak.

“Oh Erni minat menulis ya?”tanya Hazif pada suatu hari cuba berbual dan mengenali Erniza dengan lebih dalam. Ketika itu hanya

dia dan Erniza. Stella entah merayap ke mana.

“Ya..”Jawab Erniza ringkas.

“Kenapa minat dalam bidang penulisan?” Soal Hazif lagi.

“Mudah je, kerana setiap apa yang kita inginkan dan kita rasa, tak semuanya boleh kita dapat mahupun diceritakan dengan orang lain. Mungkin ada yang akan ketawa, tak kurang juga mengeji apabila mendengarkan impian kita yang bagii mereka enteng tapi besar maknanya bagi kita. Jadi, bagi Erni, menulis

adalah satu cara bagi diri Erni untuk menggambarkan apa yang kita

impikan, apa yang kita rasa. Kita berhak menulis apa-apa yang kita rasa

nak tulis tiada siapa yang menghalang atau menyekat imaginasi kita. Walaupun kadangkala sesuatu impian itu tidak munasabah, orang

tak boleh nak cakap apa kerana itu hanya suatu cerita, fiksyen belaka” panjang lebar Erniza menjelaskan pada Hazif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience