BAB 1

Romance Completed 5674

Hazif edruce menongkat dagunya, dia punya banyak masa untuk memikirkan bermacam hal sebelum pesawatnya berlepas.

Di sisi kanannnya ada dua orang gadis yang rancak berbual dan bergelak sakan. Sesekali dia mendengar butir bicara mereka, ada ketikanya dia turut terikut senyum mendengarnya.

Sungguh dia sudah tak tahu apa yang harus dilakukan ketika itu, nak membeli makanan perutnya sudah kenyang, hendak membeli surat khabar atau bahan bacaan mengisi kebosanan dia rasa malas, sudahnya dia hanya membatukan diri, nak membelek telefon bimbit pun dia dah bosan.

“Erni, kau kat sini belajar elok-elok, fokus tau. Kau boleh jumpa aku kat luar negara nanti.

Aku tempahkan tempat untuk kau kat sana, pendek kata aku tunggu kau”

“Dah tentu!!” jawab seorang gadis berseluar jpalazzo hitam dan blaus kelabu

Bermotif bunga-bungaan. Manis orangnya.

“Eleh, kau jangan sampai kangtoi berkepit dengan pakwe sudahlah! ” balas gadis seorang lagi.

“Takkanlah, kau tau kan aku ni macam mana Odah. Aku takkan jatuh cinta sampailah aku jumpa lelaki yang setia macam Romeo yang menyintai Juliet atau macam

seperti Shah Jehan atau Romeo atau lelaki yang romantik macam…emmm…Khalid Al- walid!”

Hazif yang awalnya langsung tidak mahu mengendagkan siapa gerangan mahupun perbualan dua gadis itu akhirnya memberi perhatian lebih sikit kepada mereka, Hatinya terusik pada bait terkahir yang dicapkan oleh salah seorang gadis itu. Ada sesuatu yang menarik pada kata-kata itu untuk

difikirkan. Pandangannya mula tertumpu kepada gadis baju kelabu itu. Dia

mengamati wajah gadis berlesung pipit itu dari jauh. Sekali pandang

macam tak ubah seperti Elisha Cuthbert dalam filem ‘My Sassy Gilr’, bezanya gadis ini sedikit kenit dan masih mempunyai rupa paras gadis Melayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience