BAB 8

Romance Completed 5596

“Tadi pagi ayah hantar pergi servis, ayah tak cakap apapun.. Erni nak check email. Nanti dah tak free lagi. Busy. Boleh ye abang?” Hazif tersenyum lagi. Dia menggelengkan kepalanya. Tidak sampai hati menolak. Lagipun dia sentiasa menginginkanwaktu untuk bersama-sama gadis itu. Inilah masanya. Hari yang dinanti-nantikannya.

“Baiklah..tapi boleh tunggu abang kemaskan barang-barang ni dulu,” Erniza

tersengih sambil mengeyitkan mata kanannya.

Sampai di kafe siber, Erniza terlebih dahulu mendapatkan tempat duduk meninggalkan Hazif di belakang.. Hazif pula

masih lagi tercari-cari ruang tetapi hampa. Kafe siber itu tersebut penuh. Dia hanya mampu berdiri sambil menunggu kalau-kalau ada pengguna yang ingin keluar.

Sambil itu dia matanya liar melihat tepat kepada skrin komputer yang

digunakan oleh Erniza. Terlalu khusyuk Erniza membuka emailnya,

hingga tak sedar yang Hazif telah pun menghafal alamat emailnya. Hazif

tersenyum. Dalam benaknya sudah mula mengatur pelang serangan cinta ke tiga!

——————————-

Keesokan harinya…

Hari itu Hazif tidak berniaga. Perniagaan Kopi Mocha Tangkap layannya akan ditamatkan. Kerana keesokan harinya dia akan kembali semula ke Cardiff

untuk sesi kuliah seterusnya. Jadi pelan rancangannya hari itu adalah untuk menantikan kepulangan

Erniza di bawah pohon yang menjadi tempatnya menjual air sebelum itu.

Dari jauh dia sudah dapat melihat Erniza berjalan beriringan dengan Stella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience