BAB 7

Romance Completed 5596

“Tapi, tak semua orang akan faham apa yang Erni impikan,” Tukas Hazif.

”It’s okay, Erni tak minta mereka faham. Cukup cuma orang yang ingin mengenali Erni dapat memahami Erni melalui penulisan Erni. Itu saja.”

” Ohh..jadi abang perlu bacalah cerita-cerita Erni ye untuk nak faham Erni macam mana ? ” Hazif menjungkit keningnya. Erniza membalas senyuman Hazif dengan sedikit perasaan malu.

“Kalau lapang, dipersilakan.,” Erniza ketawa kecil.

“Sekali lagi abang nak cakap, bukan setakat nak baca saja tau, abang nak kenal dan fahami Erni boleh?”Membara kata-kata Hazif. Dia mahu Erniza faham kata-katanya, kalau tak faham lagi tak tahulah.

“Terserah pada abang..” Erniza menjawab lesu. Hazif mengeluh hampa. Aduh sah tak faham lagilah ni. Dah namapun budak sekolah menengah kan?

————————-

“Abang Hazif !” teriak satu suara yang memanggil namanya.

Hazif yang ketika itu sedang mengemaskan bahan-bahan jualannya menoleh. Dia agak terkejut dengan suara itu kerana terlalu asyik dengan kerjanya.

“Oh kamu Erni ada apa? ! Terkejut abang. Apa halnya?” Soal Hazif memandang Erniza yang tercungap-cungap. Dia masih menanti dengan sabaar gadis pujaannya itu menyambung kata-kata.

“Abang boleh tak, abang temankan Erni pergi cyber cafe ye..” Pinta Erniza. Wajahnya yang comel loteh kala itu bisa saja memikat siapa saja akur pada permintaannya bahkan kucing siam yang manja pun akan mengaku kalah kibar bendera puteh pada kecomelan dan sifat manja Erniza ketika itu!

“Bukan Erni ada laptop ke pc di rumah tak silap?” Selalunya Erniza akan menggunakan komputer di rumahnya saja, fikir Hazif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience