BAB 14

Romance Completed 5596

Beberapa minggu selepas peristiwa itu berlalu di mana segala rahsia terungkai dan perasaan diluahkan, akhirnya hari ini

dia harus berdepan dengan lelaki itu semula demi sebuah jawapan yang dituntut oleh lelaki itu. Namun, sehingga ke hari ini Erniza masih tiada jawapan yang pasti. Erniza memandang cermin

setinggi tubuhnya. Tubuhnya tersarung blaus bunga-bunga rona kelabu dan Palazo hitam seperti kebiasaannya. Dia mengenakan tudung berwarna putih mutiara lalu menatap wajahnya di cermin. Jujur dia sendiri tidak tahu bagaimana wajahnya tika itu. Selepas membetulkan lipatan tudungnya, dia mengangkat tudung untuk diselempangkan ke atas bahu. Dia mula melipat lengan

bajunya yang panjang itu Tiba-tiba dia berhenti daripada melipat lengan bajunya. Dia menjatuhkan semula tudungnya ke depan. Lengan bajunya dibuka semula. Diamelihat ke dalam cermin. Ditelek dirinya beberapa minit.

Sungguh tak ada cacat celanya kalau aku seperti ini. Boleh tahan lawanya juga! Bisik hati kecil Erniza. Dia tersenyum dan cepat tersedar. Dia kembali melipat

lengan bajunya dan tudungnya diselempangkan semula. Dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dah kenapa dengan aku ni, serba tak betul jadinya.

**

“Demi Allah, Abang cintakan Adik!” Erniza tersentak mendengar kalimah pertama yang

diucapkan oleh Hazif saat pertemuan mereka petang itu di sebuah kafe berciri colonial Inggeris..

“Tapi bang, Adik ini tidak layak untuk abang. Adik tak boleh jadi sempurna seperti impian cinta Abang” Erniza menunduk. Tak sanggup menatap balas panahan sinar mata Hazif yang penuh pengharapan. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia membahasakan dirinya dengan ‘Adik’

“Jangan cakap macam tu Dik, Tidak..kalau Adik memberi peluang kepada Abang, Abang akan cuba menjadi lelaki setia seperti Romeo atau romantik seperti…Khalid Al-Walid, lelaki yang adik bayangkan itu..” Luah Hazif lagi. Erniza sedikit terkejut mendengar kata-kata

itu. Kata-kata itu adalah kata-katanya. Tapi bila difikirkan balik, tak

ada peliknya. Lelaki ini seperti mengetahui segala-gala tentang dirinya.

“Ni sebut nama lelaki tu, agaknya abang kenal ke siapa Khalid Al-Walid ?” tanya Erniza.

“Bukankah Adik pernah kata untuk memahami Adik abang perlu baca cerita-cerita Adik. Jadi untuk menjadi lelaki seperti yang adik idamkan, Abang dah jadi

peminat nombor satu cerpen Adik. Tapi nanti, Adik akan jumpa yang lebih

romantik daripada Khalid Al-Walid tau dalam diri abang ni, setakat Khalid tu apalah sangat…” Hazif tersenyum lawa.

“Adik juga cintakan Abang Hazif ! ” Erniza melahirkan rasa hatinya yang sudah lama dipendam dan tersemat dalam hatinya.

Mata Hazif bundar seakan tak percaya, namun cepat-cepat dia mengucap rasa syukur kerana akhirnya, mereka dapat berkongsi satu rasa yang sama, sesuatu yang dipanggil cinta.

“U + ME till the end,” bisik Hazif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience