BAB 9

Romance Completed 5596

Akrab sungguh mereka berdua itu. Hazif juga suka dengan sikap Stella

yang ceria dan sentiasa tersenyum.

“Eh! Kosong je kenapa? Abang tak berniaga ke hari ini? Segak-segak ni nak ke mana bang?”Erniza tersenyum penuh makna. Stella pun begitu juga.

“Tak..besar kemungkinan abang tak jual air batu lagi. Abang perlu menyelesaikan semua urusan kerja abang yang terbengkalai.” Hazif tidak tahu samada pembohongannya suatu

tindakan yang betul atau sebaliknya.

“Abang dapat kerja yang elok lagi ke?’ Soal Stella pula. Hazif hanya mengangguk. Wajah

kedua-dua gadis itu tidak lagi seceria tadi. Ada riak lemah dan hampa di wajah mereka.

“Di mana?”

“Entahlah, belum tahu lagi. Nanti kalau abang dapat kerja, abang

beritahulah kamu berdua ye, jangan risau” Hazif cuba tersenyum walaupun dia gelisah melihat wajah murung Erniza. Bicaralah walau sepatah wahai gadisku!

Hati kecil Hazif merintih. Dia tidak sanggup melihat wajah Erniza

tika itu. Ikutkan hati mahu saja dia mengaku siapa dirinya dan tujuannya sebenar.

“Alololo adik abang yang seorang ni..Janganlah monyong masam mencuka macam tu. Abang akan ingat

kamu berdua lagi. Kamu berdua berjanji akan hadapi SPM dengan baik ye with flying colors kan?

Abang mahu kamu berdua berjaya dengan cemerlang. Abang akan datang jumpa kamu lagi kalau kamu berjaya, abang janji.” Hazif menabur janji. Apa pun aku akan tetap kembali kepadamu, adikku manis, gadis pujaan sukmaku.

“Abang janji? ” Erniza mula bersuara. Di wajahnya tergambar

harapan agar pemuda yang sudah dianggap sebagai abangnya sendiri masih

menghubunginya. Hazif tersenyum lega kerana dapat juga dia mendengar suara gadis itu selepas beberapa lama membisu.

“InsyaAllah kalau tak ada halangan, kalau umur panjang.” Janji Hazif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience