BAB 3

Romance Completed 5596

“Nampak tu, lutut adik luka tu. Mari ikut abang masuk dalam. Kita bubuh ubat kuning ye, kejap je tak lama ” pujuk Hazif seraya

mengambil bakul kuih dan budak perempuan itu dibawanya ke dalam rumah.

Budak itu menurut sahaja, mungkin tidak tahan kesan luka yang

dialaminya. Hazif mencapai kotak ‘first aid’ daripada pembantu

rumah, Kak Umaima. Dia mencuci luka budak itu perlahan-lahan. Boleh tahan besar juga lukanya..

“Wah unik betul tahi lalat adik ni, siapa nama adik ni? ” Hazif cuba

memancing perhatian budak itu yang sedari tadi diam membatu saja.

“Panggil ssaja Adik,!” jawabnya ringkas.

“Baiklah, nama abang pula, Hazif. Abang hantar pulang ye, kaki sakit kan tak boleh jalan?” Hazif menghulurkan bantuannya dan budak itu mengangguk keci, menurut saja..

Dan sejak insiden itu, dia kerap membeli kuih-muih daripada budak perempuan yang lebih gemar membahasakan dirinya ‘Adik’ itu. Budak itu darjah 4, muda 3 tahun dari Hazif sendiri.

Sehingga ke saat itu Hazif tak pernah tahu nama budak itu sehinggalah sebulan selepas itu keluarganya berhijrah ke Kuala Lumpur.

Dia sudah tidak mengetahui khabar gadis itu. Lagipun dia tidak begitu mengenali budak yang sering memanggilnya ‘Abang Hazif ’ dalam pelatnya. Jadi tidak hairanlah mereka terputus hubungan begitu saja namun kini,

Hazif pasti gadis berkemeja itu ialah ‘Adik’, budak perempuan Kg

Jentayu. Dia sendiri tidak tahu kenapa fikirannya masih memikirkan bagaimana agaknya cara

untuk bertemu gadis itu sekali lagi. Akhirnya hasratnya disuarakan kepada Taufik, teman sebiliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience