BAB 5

Family Completed 2995

" Excuse me cik abang sayang lagi dihormati, tak nak pulang ke? "

" Ye cik adikku manis yang disayangi, abang nak pulang lah ni. Sebelum tu, care for a cup of tea? "

" Oho, forgiveness I plead to you.Saya ada hal. Assalamualaikum. "

" Miss Fatimah Az-zahra ! Wait! Waalaikumsalam. "

Mataku tercelik-celik apabila sinaran matahari cuba 'menembus' kelopak mataku. Nasiblah hari ini hari minggu. Haih, nanti nak pergi villa mamat tu pulak. Malang. Malang. Tak lama kemudian, kedengaran ketukan bertandang di pintu.

" Fatimah. Fatimah. Fatimah ada tetamu kat bawah. "

" Aik? Mak Zu, takkan awal pagi camni ada orang bertandang ke rumah. "

" Fatimah, Mak Zu pun tak tahu. Tapi lelaki tu tekad nak jumpa Fatimah. "

" Lelaki? Sapa Mak Zu? "

" Entahlah, Fatimah pergilah tengok sendiri. Dia kat dalam bilik kerja Fatimah. "

Lelaki? Bila masa pulak aku ada kawan lelaki yang rapat. Yang 'nyah' ada la, tapi takkan Mak Zu tak kenal. Aku mengenakan shawl, sweat pantsdan cardigan serta wajahku dibasuh sedikit. Takut ada tahi mata ke, tahi hidung ke melekat kat wajah. Percuma je jatuh saham.

" Maaf buat encik ternanti-nanti. Apa... "

Dia! Dia buat apa lagi datang sini. Baru sahaja aku ingin melangkah keluar, tanganku pantas direntap oleh Yusoff. Aku cuba untuk melepaskan diri, tapi gagal apabila Yusoff memperkemaskan lagi pegangannya.

" Fatimah. Yusoff pinta jangan lari lagi kali ni. "

" Huh. Yusoff nak apa lagi kat Fatimah ? "

" Dengarlah penjelasan Yusoff dulu. Yusoff lakukan tu semua sebab... sebab.. "

" Sebab apa, Yusoff ?! "

" Sebab Yusoff sangat sayangkan Fatimah ! Sebab Yusoff cintakan Fatimah ! "

Aku tersentap mendengar bicara seorang Yusoff Faiq. Cinta? Sayang? Beginikah caranya? Jika begini caranya, ingin sahaja aku menghapuskan rasa cinta dan sayang itu dari mendekati Yusoff. Tapi apakan daya, aku hanyalah manusia biasa.

" Huh! Yusoff kata cinta dan sayang. Sebab tindakan bodoh Yusoff dulu, ayah hilang kepercayaan dengan Fatimah. "

" Fatimah... Za... Yusoff hanya nak Fatimah menikah dengan Yusoff. Apabila mendengar rancangan Mahirah, Yusoff rasa dengan cara itu Yusoff boleh ikatkan Fatimah. Tapi Yusoff silap. Yusoff tak sangka Mahirah perangkapkan Yusoff dengan rancangan dia. Jika Yusoff tahu yang Mahirah nak jatuhkan Fatimah, sejak dulu lagi Yusoff tak setuju. "

" Yusoff, semuanya sudah terlambat. Fatimah bukan lagi anak ayah. Fatimah sudah pun menconteng arang ke muka ayah. "

" Fatimah, Yusoff minta maaf akan kesilapan Yusoff dulu. Yusoff harap kita boleh sulamkan kembali kisah lama kita. "

" Uhh, Yusoff. Maafkan Fatimah. Sekiranya maaf yang dipinta Yusoff, Fatimah sedia memaafkan Yusoff. Tetapi, sekiranya sambungan kisah kita yang Yusoff pinta, Fatimah hanya dapat ucapkan perkataan 'kawan' saja. "

" Tapi, Fatimah. Yusoff Faiq cintakan seorang Fatimah Az-zahra. Hanya Fatimah yang bertakhta di hati. "

" Yusoff, cukuplah sampai sini sahaja. Sekarang, Fatimah mohon Yusoff pergi. "

" Fatimah... Takpa Fatimah. Mungkin sekarang Fatimah tak nak, tapi Yusoff akan berusaha juga! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience