BAB 1

Family Completed 2995

Saat ini jiwaku berkecamuk, sekali lagi aku berdepan dengan satu dilemma di mana aku harus mempertahankan diri namun aku tak mampu.

" Fatimah Az-zahra ! Ayah tak sangka Fatimah buat perkara macam ni! "

"Alah Ayah ! Fatimah memang macam ni, dari luar je nampak baik tapi yang sebenarnya dia ni talam dua muka dan lidah bercabang,’’ ujar Mahirah.

Aku tersentap apabila mendengar luahan Mahirah. Tanganku menggenggam kain. Sampai hati diri itu menuduh aku. Apa selama ini aku tak cukup baik sebagai seorang adik. Ingin sahaja aku menentang penyataan ayah dan Mahirah, tapi mulutku terasa berat untuk dibuka. Seolah-olah suaraku tersekat di celah kerongkong.

" Tengok tu ayah, Fatimah diam je. Memang benarlah dia ni macam tu. Diam bererti benar. "

" Kak Mahirah ! Fatimah bukanlah seorang gadis macam tu! "

" Alah! Dah terang lagi bersuluh kau tidur dengan lelaki. Apa yang tak betulnya?! "

" Tapi... tapi... Ayah ! Fatimah sumpah Fatimah tak buat. Fatimah difitnah ayah ! "

Ayah mendengus kasar. Muka ayah kelihatan bengis di mata. Mata ayah mencerlung marah ke wajahku. Segera aku tundukkan wajahku. Tak berani menentang pandangan ayah.

" Huh! Fatimah nak elak apa lagi?! Kan dah terbukti! Gambar tu menceritakan segala-galanya! "

" Ayah ! Fatimah sumpah, Fatimah sumpah Fatimah tak buat! "

Tangan ayah hinggap di pipi kananku. Terasa perit apabila tangan itu menyinggah di pipi.

" Sekarang Fatimah dah conteng arang ke muka ayah, baru cakap tak buat! "

" Ayah... Fatimah..."

" Rupa je bertudung, tapi hati busuk! Ayah menyesal ada anak macam Fatimah. "

"Ayah... "

" Sudah! Mulai detik ini, Fatimah bukan anak ayah lagi. Berambus kau dari sini! "

" Ayah... "

Aku pantas menerpa ke arah ayah. Namun, Mahirah lebih pantas menarikku keluar dari rumah. Sebaik sahaja tiba di pintu utama, Mahirah menolakku dengan kuat sehingga dahiku terhantuk pada pasu bunga yang elok terletak di tempatnya. Mahirah yang melihat hanya melemparkan pandangan sinis.

" Padan muka kau! Haha. Dah! Pergi mampus lah! Ibu kau nanti kat 'sana'. "

Tubir mataku terasa hangat. Sesaat kemudian, air jernih mula mengalir. Apalah nasib aku? Semua orang yang aku kasihi dan sayangi, semua meninggalkan aku. Mula-mula, ibu. Sekarang, ayah. Jika ini yang Allah takdirkan, aku redha. Aku rela memendam lara ini.

Beberapa tahun kemudian...

Senyuman manis menghiasi bibirku. Sekarang, aku telah berjaya membina syarikat hasil titik peluhku sendiri. UF Home & Decor.Syukur aku ucapkan ke Allah. Selama beberapa tahun aku bertungkus-lumus untuk membina kejayaan. Sejenak kemudian, fikiranku mula menerawang ke arwah. Tubir mataku mula bertakung dengan air hangat.

' Ibu, Fatimah dah berjaya. Ibu pasti banggakan? '

Pintu pejabat aku diketuk. Aku pantas memberikan arahan masuk. Pasti klien yang datang. Aku masih sibuk dengan fail-fail yang bersepah di atas meja apabila mendengar derapan kaki melangkah masuk. Senyuman lebar aku terbitkan di mulut. Wajahku didongakkan untuk melihat gerangan yang datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience