BAB 13

Family Completed 2995

' Zaihara, maafkan abang kerana gagal mendidik anak kita. Maafkan abang! Maafkan ayah, Mahirah. Maafkan ayah, Fatimah. ' rintih hati tua itu.

" Ayah ! "

Aku dan Anaqi menjerit apabila melihat ayah rebah menyembah lantai. Dada ayah kelihatan berombak laju. Anaqi yang berada di sisi cuba memimpin ayah mengucap dua kalimah syahadah. Perlahan-lahan, mata ayah tertutup. Dada ayah berhenti berombak. Aku hanya mampu mengalirkan air mata melihat ayah terbaring kaku di sisi Anaqi, walid dan ibu. Mahirah yang masih bersandar di dinding hanya melihat ayah tanpa sekelumit perasaan pun.

Hatiku berasa perit mengenangkan semua yang erlaku di depan mata. Teganya Mahirah ! Teganya Yusoff ! Dengan penuh geram aku menyiku perut Yusoff. Terdengar rintihan sakit terbit dari dua ulas bibir itu. Mahirah yang melihat terus panik. Mahirah terus mara ke diriku. Terasa perit di bahagian tengah perutku.

' Arghh... Allahuakbar. '

Tubuhku terlorot jatuh sebelah jasad ayah. Anaqi yang melihat terus menerpa ke arahku. Mahirah dan Yusoff terus cabut lari, terkejut dengan tindakan Mahirah.

' Ayah, maafkan Fatimah. '

" A...abang, maafkan segala dosa Fatimah pada abang. "

" Fatimah ! Syhh. Jangan cakap apa-apa. "

" Abang, terima kasih kerana berada di sisi Fatimah. Terima kasih sebab dah terima Fatimah dalam hidup abang. Sejak abang hadir, la...lara yang terpendam sejak lamanya terungkai. Sejak pertemuan kita di taman, sehinggalah ke hari ini Fatimah akan ingat. Abang, terima kasih. Fatimah Fa'idh cintakan seorang Anaqi Anaqi..."

" Fatimah ! Jangan tinggalkan abang! "

Aku hanya mampu melakarkan senyuman apabila pandanganku semakin kabur. Terasa basah wajahku apabila air mata Anaqi jatuh ke wajahku. Wajah kacak Anaqi semakin hilang. Akhirnya, semuanya gelap.

" Anaqi, jangan bersedih lagi nak. Semuanya pasti ada hikmahnya, nak. "

" Ibu, Anaqi... Anaqi masih sayangkan arwah Fatimah, ibu. "

" Anaqi, Allah tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Sesungguhnya Dialah pencipta alam semesta. "

" Anaqi tahu, ibu. Bagi Anaqi masa. Susah, ibu. Arwah Fatimah lah cinta hati, cinta pertama, isteri, dan tulang rusuk Anaqi. "

" Ibu tahu, Anaqi. Tapi hidup mesti diteruskan. Arwah Fatimah takkan tenang kalau tengok Anaqi macam ni. "

" Emm... "

Tak lama kemudian, walid Anaqi tiba dengan senyuman nipis.

" Anaqi, berita baik. Mahirah dan Yusoff dah ditangkap. Sekarang nanti hukumannya saja. "

" Alhamdulillah. Anaqi jangan bersedih lagi nak. Ibu dan walid sedih tengok kamu macam ni. "

" Terima kasih, walid. Ibu. "

" Walid dan ibu masuk tidur dulu. "

Anaqi Anaqi hanya mengangguk. Air matanya bertakung.

Fatimah sayang, Anaqi harap Fatimah tenang di sana. Maafkan Anaq gagal membela Fatimah dan ada di saat Fatimah perlukan Anaqi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience