BAB 12

Family Completed 2995

Anaqi tersentap apabila mendengar kata-kata ayah. DIa yakin sesuatu yang buruk telah berlaku pada Fatimah. Tidak dinafikan lagi Yusoff lah dalangnya.

" Ayah ! Walid! Ibu ! Anaqi keluar dulu. Nak cari Fatimah, boleh kesan dari telefon bimbit. "

" Baiklah, Hati-hati Anaqi ! "

" Okay, ibu ! "

Belum sempat Anaqi menapak keluar, satu suara telah menarik perhatian semua yang berada di situ. Dilihat Fatimah sedang berjalan dengan tangannya diikat di belakang sambil pisau diacu ke lehernya oleh Yusoff.

" Hai semua! Tengok apa yang saya bawa ni. "

" Hoi!! Lepaskan isteri aku sekarang! "

" Haha. Simpan angan kau, perempuan ni milik aku! "

" Yusoff ! Jangan macam ni nak. Lepaskan Fatimah ! " ayah Fatimah menjerit apabila melihat anaknya berada dalam keadaan yang sangat menggerunkan.

" Pak cik jangan masuk campur! Hei, kau! Aku nak kau ceraikan bini kau sekarang juga! Kalau tak.. "

" Woi jantan! Kau jangan harap aku ceraikan isteri aku! "

" Haha. Degil juga ye suami kau ni, Fatimah sayang. Kalau aku tak dapat Fatimah, orang lain pun tak boleh juga! "

Yusoff bagaikan orang yang sedang dirasuk syaitan. Bibirnya melakar senyuman sinis melihat wajah marah Anaqi. Timbul niat di hatinya ingin membakarkan hati lelaki itu lagi. Perlahan-lahan, Yusoff menjilat pipi mulus Fatimah dengan penuh perasaan. Bibirnya mula bergerak menyentuh pipi putih bersih itu. Anaqi yang melihat adegan di hadapan matanya sekarang mengepal kedua-dua belah penumbuknya. Aku hanya memejamkan mata, takut. Tubuhku bergetar kuat.

" Hei! Kau jangan berani sentuh dia! "

Yusoff tidak peduli dengan ugutan Anaqi. Dirinya semakin ligat memperlakukan Fatimah seperti itu. Anaqi tidak dapat menahan sabar lagi. Terus dirinya mara, ingin menumbuk wajah tampan itu. Belum sempat Anaqi bertindak, Yusoff terlebih dahulu bersuara.

"Kau mara satu langkah lagi, nyawa wanita kesayangan kau ni melayang. "

Tak lama kemudian, satu suara mengganggu suasana tegang itu. Ayah tekejut apabila melihat gerangan yang tiba itu.

" Did I miss anything?Boleh tahan juga rumah kau ni ye, Fatimah. "

" Mahirah Atikah! Jadi... jadi... "

" Hai ayah ! Lama tak jumpa. Ya! Mahirah lah yang menjadi dalang semua ini. Kenapa? Terkejut? "

" Mahirah ! Kenapa nak? "

" Ayah ! Ayah lah punca semua ini! Sejak dulu lagi, Mahirah menagih kasih dari ayah. Mahirah bahagia dengan ayah walaupun setelah kematian mama. Tapi! Sejak betina tu kahwin ngan ayah, semuanya berubah! Sejak lahirnya perempuan sial ni, semuanya hilang! Ayah pilih kasih! Semua yang Mahirah buat, semuanya salah di mata ayah ! Tapi, kalau semua perkara yang Fatimah buat, ayah puji lebih-lebih pulak. Menyampah aku tengok muka perempuan sial ni! "

" Mahirah ! Ayah tak pernah pilih kasih! Ayah tak pernah abaikan Mahirah. Sebaliknya, Mahirah yang membuat ayah hilang kepercayaan dengan Mahirah ! Sekiranya Mahirah tidak keluar malam dan bermalam di rumah lelaki tu, ayah tak akan marah dengan Mahirah ! Ayah dah banyak kali melarang jangan bergaul dengan budak-budak tu, Mahirah bergaul juga! "

" Hoi orang tua! Aku buat semua tu sebab kau tak pernah nak layan aku! "

Ayah hanya menggelengkan kepalanya apabila mendengar kata-kata Mahirah. Dirinya tak sangka selama ini dia telah gagal mendidik anaknya yang sorang itu. Air mata mula menodai pipi tua itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience