BAB 10

Family Completed 2995

" Ibu ! "

Anaqi menarik muncung apabila ibu mengekek ketawa. Ingin sahaja aku ketawa terbahak-bahak melihat muka itik Anaqi, takut orang fikir aku gila pulak nanti.

" Kaulah punya pasal! "

" Hoi! Aku pulak yang salah. Yang dulu kau tak baham dia terus kenapa?! "

Yusoff Faiq mendengus geram. Majlis yang dihadirinya senyap-senyap tadi cukup membuat hatinya membara panas. Kata Mahirah ada benarnya juga. Fatimah Fa'idh sepatutnya menjadi miliknya. Bukan orang lain.

" Yusoff, macam ni lah. Apa kata kita buat macam ni? Aku yakin pasti berjaya punya lah! "

Mahirah mula menceritakan rencananya. Senyuman sinis mula terbit pada dua ulas bibir Yusoff. Akhirnya Yusoff mengangguk setuju dengan rancangan jahat Mahirah. Mahirah hanya tersenyum apabila melihat Yusoff setuju.

" Fatimah Az-zahra. Aku akan pastikan kau menjadi milikku. "
" Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam, sayang. "

" Abang ni, orang tengah kerja ni kenapa call? "

" Alah, rindu kat sayang abang ni tak boleh ke? "

" Tak boleh! "

" Ish! Fatimah kejam! Nak merajuk ngan ibu lah! "

" Eee. Tak malunya abang. Dah kahwin pun masih nak merajuk ngan ibu. "

" Suka hati abang lah! Dah orang di sana tak sudi nak pujuk kita. "

" Olololo... Abang sayang ni jangan merajuk lagi ye. Kalau nak merajuk juga, Fatimah tak naklah buat cheese souffle."

" Eh.Eh. Abang dah habis merajuk dah. Dah gembira dah pun. "

" Eleh! Sebut je soufflenaik hantu lah tu! "

" Fatimah kan dah janji. Nyum, nyum. Cheese souffle come to daddy!"

" Arghh! "

Suasana menjadi gelap. Tubuhku terasa melayang. Handphoneku terjatuh dari tangan.

" Sayang! Fatimah ! Fatimah ! "

Kepalaku terasa sakit sekali. Mataku berpinar apabila aku cuba untuk membukanya. Cahaya yang sangat terang menganggu penglihatanku. Suasana yang kabur-kabur di mataku membuat aku susah untuk meneka tempat ini. Tidak lama kemudian, bunyi pintu dibuka kedengaran. Derapan kaki menghampiri diriku yang terkulai lemah di sudut dinding.

" Kesian sayang, abang. Sayang sakit eh? "

" Si..sia... siapa kau? Aku kat mana ni?! "

" Syhh, syhh, shhh, shhh. Jangan jerit-jerit sayang. Nanti tekak tu sakit. Abang kan cinta hati sayang. "

" Aku kat mana ni? Hei! Cinta hati aku hanya Anaqi Anaqi! "

Pang! Pipiku terasa pijar akibat tamparan kasar dari lelaki itu. Siapa sebenarnya dia. Suaranya macam aku kenal sahaja tapi siapa? Apa yang dia inginkan dari aku? Badanku menggeletar kuat kerana ketakutan.

" Sayang, abang sorang je cinta hati sayang. Takda orang lain! Fatimah Fa'idh hanya milikku seorang! "

Suara yang tadinya lembut bertukar ganas. Aku semakin ketakutan mendengar ucapan lelaki itu. Tak lama kemudian, bunyi pintu dikuak sekali lagi kedengaran. Bunyi derapan kasut tumit tinggi menyapa corong telingaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience