BAB 4

Family Completed 2995

" Ayah, mulai sekarang ayah akan tinggal sini. Ini rumah Fatimah. Ayah biasakan diri ye. Kalau ada apa-apa, boleh panggil Mak Zu. Bilik ayah kat bawah. "

Ayah hanya mendiamkan diri. Masih marah dengan aku barangkali. Keluhan terlepas dari bibirku. Jika ayah masih membencikan diri aku, aku pasrah. Aku keluar dari bilik ayah membiarkan ayah berteleku sorang-sorang. Aku sedar, kehadiranku dibenci oleh ayah sendiri.

" Mak Zu, tolong jaga ayah jap. Fatimah ada hal nak diuruskan kat pejabat. "

" Baiklah, Fatimah. Fatimah ada masalah ke dengan ayah Fatimah ? Maaf jika Mak Zu menyibuk. "

" Hmm, takpa, Mak Zu tak salah. Panjang ceritanya. Berkurun-kurun tak habis. Haha. "

" Haha. Ada-ada je kamu ni Fatimah. Dahlah nanti lewat pulak. "

" Baiklah Mak Zu. Fatimah pergi dulu. Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam"

" Cik Fatimah, klien untuk projek Villa dekatMount Kiara neighbourhood tudah sampai nak discuss tentang decor untuk villa tu. "

" Okay. Thanks, Kira."

Aku menapak masuk ke dalam ruang pejabat aku untuk membincangkan hal projek baru. Aku terus mendapatkan kerusi kerjaku tanpa memandang wajah klien itu.

" Sorry sir to keep you waiting."

" No problem. Saya sudi nanti. "

' Macam kenal je suara orang ni... '

Mataku melilau mencari seraut wajah klienku. Sebaik sahaja mataku singgah pada seraut wajah kacak itu, mataku membulat besar. Lelaki ini kan...

" Cik adik manis, sekali lagi, muka saya ni teramat handsome ke? "

Aku menjelirkan lidah, tidak ingin mengaku kebenaran yang sebenar. Takut ada pulak yang terlebih 'perahsantan' nanti. Dilihat mata lelaki itu mencerlung geram melihat reaksi aku. Dalam hatiku sudah ketawa terkekek mengejek.

" Amboi. Nak kata saya tak handsome lah tu. "

" Haha. Okay. Okay. Enough with this. Err, Encik... ? "

" Okay then. Mr. Anaqi. Anaqi Anaqi."

" Baiklah, Encik Anaqi. What concept do you prefer for your villa?"

"Saya nak english concept tapi simple. Tak nak berlebihan. Biar simple yet elegant. "

" Baiklah, Encik Anaqi. Minggu depan salah sorang staf saya akan pergi tengok-tengok villa encik. "

" Oh, one more thing. Miss Fatimah Az-zahra, I want you do the check up. I don't trust anyone."

" But, Mr. Anaqi Anaqi, I don't have time. My work only involving the office work. I'm the CEO, remember?"

" Saya tak kira. Saya nak Cik Fatimah juga. Jika tak saya tak teragak-agak nak batalkan perjanjian kita. "

' Ish, demandingbetul lah orang ni! '

" Fine! I'll do the check up tomorrow."

Anaqi tersenyum kemenangan. Melihat senyumannya, aku menyampah. Tak faham bahasa langsung orang ni. Melihat jam sudah pukul 5.30 petang, aku terus mengemas semua dokumen dan beg tanganku. Aku berhenti seketika apabila terkenangkan Anaqi yang masih belum berganjak dari tempat duduknya. Mamat ni terkena stroke eh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience