BAB 8

Family Completed 2995

" Ibu... "

" Anaqi, jangan bersedih dulu. Belum tentu dia tolak, kan? Anaqi sendiri dengar penjelasan dia tadi. Ibu dan walid suka. Cukup suka dengan jawapan dia. "

" Betul tu, Anaqi. Walid yakin, ayah si Fatimah tu akan terima Anaqi sebagai menantu dia. "

Anaqi hanya menangguk setuju dengan ayat-ayat yang keluar dari 2 pasang bibir itu. Hatinya kian tidak sabar ingin mendapat jawapan hari ini juga. Tapi, perasaan yang membara segera dikawal. Takut ada pulak yang kahwin hari ini terus nanti sebaik sahaja bakal bapa mertua bersetuju.

Bunyi telefon bimbitku bergema di seluruh ruang pejabatku. Nombor yang tertera pada skrin sangat asing di mataku. Mungkin klien kot. Aku cuba memaniskan suaraku semanis mungkin. Mana tau, ada yang terus sign kontrak ke.

" Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam, sayang. Sayang abang dah makan? "

Errk! Bila masa aku ber-sayang abang bagai ni?

" Err, maaf. Encik ni sapa ye? "

" Aik, baru sehari dah lupa ngan abang? Ni abang sayang lah, Anaqi Anaqi. "

" Encik Anaqi ? Bila masa saya ni sayang encik? "

" Selagi abang hidup di dunia ni, selagi tu lah Cik Fatimah Az-zahra jadi sayang abang. "

" Mr. Anaqi Anaqi, let me repeat myself. I Am Not Your Sayang!"

" Ms. Fatimah Az-zahra, let me tell you. You Will Be My Sayang!"

Aku mendengus geram. Tak faham bahasa betullah mamat ni! Aku menghentak-hentak kakiku dengan perasaan geram yang teramat, membayangkan wajah kacak Anaqi Anaqi yang sedang dipijak.

" Straight to the point, what do you want?"

" As you wish, my lady. Care for lunch? With your future beloved husband?"

" Saya sibuk! "

" Baiklah. Byesayang Fatimah. Assalamualaikum. "

" Uek! Waalaikumsalam. "

Aku berasa hairan apabila Anaqi terus mematikan talian. Takkan terus bye? Selalunya kacau je memanjang. Tapi tak apa, senang kalau dia takda.

Aku tiba di rumah setelah seharian penat bekerja. Masuk saja rumah, ayah sudah terpacak di kerusi rodanya dekat ruang rehat. Muka ayah berseri-seri macam bulan bercahaya terang saja nampaknya. Aku yang hairan mengerutkan dahi.

" Ayah. Happy semacam je ayah ni. Syarikat ayah dah pulih ke? "

" Fatimah. Ayah ada perkara nak dibincangkan. "

" Apa, bah? "

" Fatimah bersihkan diri dulu. Lepas tu, baru ayah cakap kat Fatimah. "

" Baiklah ayah. "

Aku segera membawa diriku ke bilik untuk membersihkan diri dan mengerjakan suruhan Allah. Tak sabar nak dengar apa yang ayah ingin bincangkan. Mungkin keadaan syarikat sudah pulih sepenuhnya. Sejam kemudian, aku menapak turun ke ruang rehat keluarga. Ayah kelihatan sedang menelefon seseorang. Happy benar nampaknya.

" Ayah. Ayah nak cerita apa tadi? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience