BAB 7

Family Completed 2995

" So, this is the one. The one you've been talking about."

"Yes ibu. This is the one."

" Cantik. Ayu. Manis. Ibu berkenan. "

Aku yang dari tadi masih terpinga-pinga cuba untuk catch up dengan bicara antara dua orang manusia ini. Eh, the one? Berkenan? Apa yang berlaku sebenarnya ni?

" Walid suka. Pandai Anaqi pilih. "

" Walid, tengoklah anak sapa. Hehe. "

Aku terlongo, masih bingung dengan apa yang sedang berlaku. Wanita yang dipanggil ibu oleh Anaqi itu menapak ke arahku. Tangannya mengenggam lembut tanganku. Bibirnya mengorak senyuman manis. Hatiku tersentuh melihat senyumannya, mengingatkan aku akan arwah ibuku. Tanpa disedari, aku memanggil wanita yang masih ayu walaupun diamah usia itu dengan suara sayu. Mataku bertakung dengan air jernih yang bila-bila masa sahaja boleh mengalir.

" Ibu... "

Semua yang melihat babak itu pelik akan mood ku yang berubah. Jemari wanita itu menyeka perlahan air mataku. Tangannya sebelah lagi mengusap belakang badanku, persis seperti ibu memperlakukan aku dahlulu ketika aku menangis. Aku mendakap erat badan langsing itu melepaskan segala lara yang terbuku lama di hati.

" Syhh. Syhh. Syhh. Jangan nangis lagi. Ibu ada di sini. "

Ya Allah! Baru aku sedar bahawa aku sedang berada di rumah orang. Tangisan aku berhenti. Buat malu je curi mak orang. Jatuh saham.

" Saya minta maaf. "

" Takpa. Ibu ada temankan Fatimah setiap masa. Ibu setuju. "

" Eh, setuju apa u... um... ibu ? "

" Lah, lepas nangis terus lupa dah? "

Eh? Lupa apa pulak ni? Aku semakin keliru mendengar kata-kata ibu Anaqi. Tiba-tiba, Anaqi melutut di depanku sambil mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Kotak baldu!

" Ehem. Ehem. Bismillahirahmanirahim. Cik Fatimah Az-zahra, sudikah seorang Fatimah Az-zahra menjadi suri hidup kepada seorang Anaqi Anaqi? Sudikah Fatimah menjadi Hawa kepada Anaqi, Adam? Sudikah Fatimah Az-zahra mewarnai dan memenuhi hidup Anaqi Anaqi dengan menemani hamba Allah yang sedang mencari tulang rusuknya ini? "

Darah menyerbu wajahku. Nafasku tersekat-sekat dirasakan saat ini setelah menerima lamaran dari Anaqi Anaqi. Apa yang patut aku katakan? Haruskah aku menolak? Tapi kenapa hatiku meronta-ronta ingin menyebut 'sudi' ? Lama aku memikirkan jawapan sehingga wajah Anaqi berkerut-kerut menahan sakit di lututnya. Semua yang menyaksikan seolah-olah berharap aku menerima lamaran itu. Setelah lama berfikir, akhirnya aku memberi kata putus.

" Tanya dengan ayah. Jika Encik Anaqi Anaqi lah pilihan ayah, Fatimah terima. Tapi, jika bukan Encik Anaqi Anaqi pilihan ayah, maka Fatimah tolak. Fatimah minta diri dulu. Assalamualaikum. "

Kelihatan Anaqi Anaqi terpinga-pinga dengan jawapan yang diberi oleh aku. Namun, walid dan ibu nya tersenyum lebar mendengar jawapanku. Apa yang sedang bermain di fikiran berduanya, aku tak tahu. Apa yang pasti, aku yakin, ayah tahu yang terbaik untukku. Aku hanya akan ikut pilihan ayah.

Aku terus menapak keluar dari villa itu. Pulang ke rumah tujuan utama ku. Seluruh tubuhku terasa penat setelah menanggung lelah seharian ini.

Walid dan ibu Anaqi menepuk bahu anak mereka dengan lembut apabila melihat wajah anak mereka keruh. Hebat penangan si Fatimah ni. Baru pertama kali Anaqi bawa perempuan pulang untuk diperkenalkan. Setelah melihat Fatimah, walid dan ibu Anaqi berkenan sangat dengan Fatimah. Anaqi menoleh kepalanya ke arah ibu nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience