BAB 3

Family Completed 2995

' Hmm. Ayu. Manis. ' Anaqi tersenyum sorang.

Mataku terpaku pada villa dua tingkat itu. Masih indah. Sudah beberapa tahun kakiku tidak menjejak di sini. Hatiku ditayah kan untuk mari ke sini apabila mendapat berita bahawa syarikat ayah sedang mengalami masalah sehingga nyaris muflis.

Salam yang dilaungku tidak terjawab. Dahiku berkerut, hairan melihat pintu rumah itu terselak sedikit. Sebaik sahaja aku menolak daun pintu, aku terlopong melihat keadaan ruang tamu rumah ayah. Perasaan bimbang mula menjentik tangkai hatiku.

" Ayah ! Ayah ! "

Suara milikku bergema di seluruh ruang tamu. Aku melangkah ke bilik bacaan ayah, ingin mencari kelibat ayah. Sebaik sahaja wajahku tersembul di muka pintu bilik bacaan ayah, aku terkejut melihat ayah terbaring lemah di atas lantai.

" Ayah ! Astaghfirullahalazim, ayah ! "

" Emm... "

Suara ayah terdengar lemah di corong telingaku. Apa yang telah berlaku di rumah ini? Aku berasa lega apabila ayah masih bernafas. Dengan pantas, aku membawa ayah ke hospital. Aku tak ingin melihat ayah meninggalkan diriku lagi.

Debaran dirasakan sementara menanti doktor selesai melihat keadaan ayah. Fikiranku masih lagi cuba untuk memikirkan apa yang telah berlaku di rumah ayah. Mungkinkah sesuatu telah berlaku menyebabkan ayah terkulai lemah. Keluhan lemah tebit dari dua ulas bibirku.

" Cik Fatimah Az-zahra ? "

" Ye saya. Macam mana dengan ayah saya, doktor? "

" Cik Fatimah, ayah Cik Fatimah mungkin mengalami seragan jantung. Your quick action saved his life. If you were late for a second just now, maybe he wouldn't be here now."

" Alhamdulillah. Thanks, doctor. Anything should I do for precautions?"

" Yes, I prescribed his medicines. You can take them at the pharmacy. At this moment, you should keep him from things that's stressing him out. We don't want his heart working overtime again. This may bring harm to him. That's all, Ms. Fa'idh."

" Ok, thanks doc. Saya akan cuba. "

Aku menolak pintu wad kelas pertama yang diduduki ayah. Sayu pandangan aku apabila melihat ayah terbaring lemah dikelilingi dengan wayar-wayar mesin perubatan. Aku hairan, mana perginya Mahirah ketika ayah sakit? Bukankah dulu Mahirah anak kesayangan ayah ? Mana perginya seorang Mahirah Atikah sekarang?

' Ayah, Fatimah akan jaga ayah. '

Jam sudahpun menginjak pukul 3. Ayah sudah boleh dibawa pulang. Keadaan ayah tidaklah kritikal sangat. Ayah sudahpun sedar selepas aku balik menunaikan solat zohor tadi. Tanganku ingin memegang tangan ayah, ingin menolong ayah duduk di kerusi roda. Namun, ayah pantas menepis kasar tanganku. Sangkaanku meleset sama sekali. Aku fikir ayah dah terima diriku, ayah dah lupakan yang lalu, tapi harapan tetap harapan. Inilah dunia realiti.

" Ayah, ayah tinggal dengan Fatimah ya. "

Ayah tidak menjawab apabila aku menyuarakan perihal tempat tinggal. Hanya kedengaran dengusan kasar. Nampaknya ayah masih lagi membenci diriku. Dadaku terasa hangat terkenangkan perlakuan ayah.

Tapi...

' Ayah tetap ayah Fatimah. '

Keretaku menjalar masuk ke perkarangan rumah banglo 3 tingkat yang terletak di Damansara Heights. Hasil keringatku sendiri. Aku mula mengarahkan Mak Zu supaya membawa beg pakaian ayah ke tingkat bawah rumah. Senang buat ayah sekiranya ingin bergerak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience