BAB 9

Family Completed 2995

" Eh, Fatimah. Nasib ayah dah habis telefon. "

" Ayah cakap dengan siapa? "

" Adalah. Lambat laun Fatimah akan tahu juga. "

" So,ayah. Apa hal yang penting sangat nak dibincangkan? Syarikat ayah dah pulih eh. "

" Fatimah risau banyak sangat pasal syarikat tu. Hal lain lebih penting tau. "

" Alah ayah. Kan syarikat tu macam nyawa ayah juga. Lagipun kalau masih belum pulih gak, Fatimah tolong ayah uruskan buat sementara sehingga ayah kembali pulih. "

" Fatimah, tak payah susah-susah. Fatimah kan ada syarikat sendiri nak urus. "

" Tapi ayah... "

" Fatimah. Sudahlah tu. Ni, ayah tengah hari tadi terima kedatangan orang ke rumah tadi. "

Gulp! Kedatangan sapa pulak ni?! Jangan-jangan...

" Sia... siapa bah? "

" Ayah rasa Fatimah dah kenal. Tuan punya badan sendiri cakap. Apa-apa pun, ayah tahu mereka keluarga baik-baik. Cukup pakej untuk jadi suami yang soleh. Sesuai buat Fatimah. Straight to the point, ayah dah terima pinangan mereka. "

Mataku membulat besar. Pinangan? Aku akan kahwin tak lama lagi ke?! Aku terus meminta diri dengan ayah. Tubuhku dibawa ke bilik. Tak lama kemudian, telefon bimbitku berdering kuat minta dijawab.

" Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam. Fatimah sayang, Anaqi minta maaf kalau tak cakap nak datang. "

" Encik Anaqi, takpa. Saya akan tepati janji saya. Ingat? "

" Betul ke, Fatimah ? Alhamdulillah. "

" Baiklah. Saya tidur dulu. Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam. Terima kasih, Fatimah. "

Tanganku bergetar hebat. Peluh mula mengalir di dahiku. Hatiku bagai bermain dengan drum set. Inai di tangan aku pandang dengan senyuman yang bersisa di bibir. Tak lama lagi, aku bakal bergelar seorang isteri kepada seorang suami. Hawa kepada Adam.

Paluan kompang mula kedengaran di luar bilik. Jantungku semakin rancak berdegup. Pakaian serba putih yang labuh di badanku mula terasa basahnya. Aku memejamkan mataku dengan kejap. Seminit, dua minit, tiga minit. Aku membuka mataku setelah hatiku berasa tenang. Sebaik sahaja mataku terbuka, aku hampir terlompat ke belakang. Anaqi sudah tersenyum-senyum melihatku. Malu yang teramat dirasakan.

" Fatimah sayang, abang rindu. "

Anaqi menghulurkan tangannya. Aku terpinga-pinga melihat Anaqi yang tersenyum-senyum kambing. Ayah yang sudah boleh berjalan masuk ke bilikku.

" Lah, Fatimah. Belum salam lagi. Suami kamu tunggu tu. Dah halal dah pun. "

Pipiku terasa hangat. Malu sungguh apabila semua mata yang memandang bagai nak ketawa melihat adegan ini. Aku terus menyambut huluran Anaqi. Bibirku bergetar hebat apabila menyentuh tangan Anaqi yang hangat. Sesaat kemudian, Anaqi terus memaut daguku lalu menciumkan dahiku. Lama. Sekali lagi darah merah menyerbu mukaku. Ibu Anaqi mula bersuara apabila melihat tindakan Anaqi.

" Amboi anak ibu. Lembut-lembut lah sikit. Tak lari kemana isteri kamu tu hah! "

" Alah ibu. Hati dah rindu sangat kan. "

" Fatimah, hati-hati ye. Anak ibu ni gila sikit. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience